Saturday, May 15, 2010

5 sekawan berbelia bersama

haaaiiiiiii....... selamat hari belia aku ucapkan kepada para belia di seluruh pelosok Malaysia.. huhuhu.. amacam??? baek hati lagi pemurah kan aku kerana mengucapkan ucapan selamat kepada para belia di luar sana.. hahaha.. okey kali ini aku nak story sikit mengenani penjelajahan aku bersama kawan-kawan atau dikenali sebagai rakan-rakan sezaman persekolahan menengah rendah aku iaitu iffah, farrah, hazi dan tyra di Putrajaya.. hehehe.. kiranya kami nie belia yang perihatin kerana menyahut seruan kerajaan dengan mengimrahkan Putrajaya untuk memeriahkan sambutan hari belia negara... yeeaaahh.. hehehe...



mengikut pengalaman aku semalam.. suasana di Putrajaya semasa aku di sana amat la best kerana aku terpaksa berada dalam keadaan tersangkut dijalan raya lebey 30 minit kejapnyer.. di ulangi 30 minit yerk.. bukan 30 saat!! ceehh.. da la keadaan masa itu amat panas lagi terik sekali.. okey... setelah berjaya mengarungi operasi ketersangkutan jalan raya serta operasi pencarian parking... akhirnya kami telah tersalah masuk ke lorong tempat letak kereta di istana kehakiman.. hahaha... dengan berbekalkan senyuman yang menawan kami pon mensedekahkan senyuman kami kepada abang-abang pengawal keselamatan di istana kehakiman itu disamping iffah memecut laju kereta proton perdana kepunyaan ayahnyer dengan amat selamber sekali.. yuuhuuu...


jadi selepas berjaya mengungguli tempat parking ke
reta di sebelah bangunan istana kehakiman kami pun dengan penuh rasa kesyukuran serta kebanggaan telah pun berjalan kaki la ke tapak pameran ekspo yang bagi aku amat la tidak menarik kerana terpaksa berjalan dalam keadaan panas lagi terik.. hahaha... so selepas tidak sampai satu jam pun kami di tapak ekspo itu kami pun mengambil keputusan untuk menikmati keindahan Putrajaya yang mempunyai pelbagai bangunan yang unik lagi pelik-pelik designnyer.. dengan gaya ala-ala makhluk yang tidak pernah menjejakkan kaki di Putrajaya.. kami pun mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang pelik lagi asing sehingga para pekerja bangla disana menghadiahkan pandangan yang begitu unik lagi menjengkelkan kepada kami.. haha.. amek kau!! mungkin itu la kata-kata mereka di dalam hati kepada kami.. hahaha...



selepas penat bergambar kami pun pergi m
eronda-ronda di PICC untuk mengimbau kembali kenangan hitam putih kami sewaktu kuiz pengguna 5 tahun yang lalu.. hehehe.. mungkin disebabkan kami menaiki kereta proton perdana yang bercolour hitam.. jadi kami mempunyai hak untuk berpusing-pusing di sana yang sememangnya pada waktu itu amat la di kawal rapi oleh para polis trafik kerana menteri yang aku tidak ingat namanya ingin melakukan perasmiaan hari belia di sana.. hehehe.. jadi oleh kerana perut kami sudah memutarkan pelbagai jenis lagu dan memberi isyarat bahawasanya kami tengah kebuluran.. maka akhirnya kami mengambil keputusan untuk melantak di Alamanda yang sememangnyer menjadi tempat utama untuk disinggahi oleh kami berbanding ekspo hari belia yang menjadi tema utama alasan kepada para ibubapa untuk keluar rumah pada hari itu.. lalalala...



setibanyer di Alamanda.. kami dengan rakusnya berjalan ke gerai makan yang sering menjadi pujaan kami semenjak kecil iaitu McD.. hehe.. sesampainya kami di McD kami tidak terus masuk ke dalamnya.. ini adalah kerana farra, hazi berserta iffah memulakan perbincangan sama ada 'kawan baek' dengan nama laenyer 'best frenz forever' mereka sewaktu di form 3 iaitu Ogy masih bekerja di situ ke tak?? huhh!! apa punya perbicangan la yang mereka adakan di saat-saat genting begini kan?? hahaha... namun akhirnya kata sepakat lagi berkat telah diambil oleh mereka untuk masuk sahaja ke dalam McD tersebut tanpa membuat sebarang reaksi yang menunjukkan kami mengenali si Ogy tersebut.. hehehe.. lakonan semata-mata... tapi dalam tengah-tengah berlakon itu pun aku dan iffah sempat lagi meninjau sama ada si Ogy itu memakai kasut yang bertapak tinggi atau tidak kerana mengikut pandangan mata kasar kami Ogy telah kelihatan amat tinggi sedikit daripada ketinggian kepunyaannya dahulu.. hahaha.. manakala si tyra, farra n hazi pula sempat mengkomen yang bahawasanya Ogy telah memakai bayang-bayang mata atau eye shadow dengan begitu tebal sekali pada hari itu.. hampeh betol korang ni kan??? hehehe..


setelah menapau makanan di McD kami telah
mengambil keputusan untuk menikmati masakan Ogy itu di tepi tasik yang berlokasi di tepi Alamanda.. hehehe... menarik juga tempat yang dipilih oleh mereka kerana sunyi daripada kesibukkan kota.. walaupun menurut pengalaman iffah... tasik itu hanya dipenuhi oleh para baby katak atau dalam istilah sains nyer digelar sebagai berudu... hahaha.. tasik cantik-cantik macam tu hanya mengandungi berudu je ker??? ini lah persoalan yang lahir dalam akal fikiran aku pada masa itu.. hehehe.. so kesudahannyer kami tetap makan dengan girangnyer di tepi tasik tersebut walaupun kentang goreng yang dimasak oleh Ogy itu amat masin sekali rasanyer.. huhuhu..



setelah melakukan perkara wajib iaitu solat zohor.. kami pun membuat keputusan untuk pergi bermain boling.. so oleh sebab tempat maen boling di Alamanda amat penuh ketika itu oleh para pelajar sekolah rendah yang berkoku
rikulum boling di sana maka kami dengan penuh rasa mengalah mengambil keputusan untuk bermain boling di Metro Point yang berlokasi di Kajang.. lihat hebatkan sambutan hari belia kami?? hahaha...



setibanyer di Metro Point.. kami pun deng
an lajunyer menuju ke tempat maen boling tersebut... ehhmm.. kat sini aku nak memberi sedikit komen yang bahawasanya tempat maen boling di Jitra mall lagi best berbanding dengan tempat maen boling di metro point itu... yeeaaahhh.. hidup Sintok!!! erkk.. ape kaitannyer Sintok disini eh?? hahaha.. so selepas itu kami pun maen la boling sepuas-puasyer hati dan perasaan bersama-sama sepenuh penghayatan.. dan seperti biasanya juga akula orang yang senantiasa memasukkan bola boling ke dalam longkang dengan jayanyer.. yuuhuuu.. agak-agaknyer la kan kalau ade anugerah pembaling bola ke arah longkang terbaek pasti aku boleh membelot anugerah itu dengan jayanyer.. huhuhu..



so selepas puas membaling bola boling ke arah longkang.. jadi kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing kerana kami telah bertekad untuk menonton aksi pemain Malaysia bermain bulu tangkis menentang pemain dari Chinna.. huhuhu... walaupun sesampainya di rumah aku terus tumbang kerana keletihan serta kepenatan namun aku tahu pemain Malaysia telah bermain dengan penuh kesungguhan walaupun hanya mendapati kekalahan... hehehe....



jadi sampai disini sahajalah cerita aku mengenai sambutan hari belia aku yang pertama dalam hidup aku ini.. hehehe... diharap aku masih lagi diberi kesempatan untuk menyabutnya pada tahun-tahun akan datang.. lalalala.. di sini jug
a aku ingin tayangkan satu tambah dua keping gambar yang berjaya menjadi tangkapan kami sempena hari belia tersebut... hehehe...



tyra, farra, handycam iffah, hazi dan aku ketika berehat seketika setelah kepenatan selepas berhari belia di tapak ekspo tanpa sebarang tujuan..



gambar kami yang berlatar belakang kan bangunan yang pening coraknya jika diamati secara mendalam dan betul-betul dengan menggunakan pandangan kasar sendiri..



pose iffah dan aku yang telah berjaya membuatkan abang-abang tukang sapu bangla menghadiahkan pandangan yang unik serta menjengkelkan kepada kami... ceehh...



p/s: masih tidak dapat meneriama realiti yang aku sudah tergolong dalam golongan belia... kalau itu fantasi kan amat bagus bukan??

4 comments:

Tensai7 said...

haha. mmg hr jumaat tu kita berjalan sakan eh. aku tgk chong wei main je pastu terus k.o dh siap x makan mlm lagi xD

atiqah idris said...

hahaha.. tau tak pe.. aku pas magrib teros tumbang.. naseb baek bamgun balik kol 3 pagi..
memang berhari belia la kite erk..

Tensai7 said...

yup2. mujur x gi wkt yg tgh gempak nye cam hari ni n semlm kalo x sure lagi bertambah k.o jadinya

atiqah idris said...

setuju.. ntah-ntah kalo g sabtu n ahad aku rase berhari belia la kita dalam kete gamaknyer.. mst sesak gler.. hahaha