Helloooo… hehehe.. kali ini berjaya juga aku kembali meluangkan masa untuk menaip-naip setiap abjad sambil mengharap ia akan menjadi patah perkataan agar aku dapat mereka ayat-ayat yang dapat bertukar menjadi perenggan-perenggan dan akhirnya membentuk post kedua aku di blog yang indah lagi makmur ini… ehh?? Ape kaitan Encik Indah dan Encik Makmur dengan blog aku ini??? Mungkin ada kaitan kot.. hahaha..
Okey.. kali ini aku ingin memperkenal kan ahli keluarga aku dalam versi gambar pula.. hahaha.. aku ni tak habis-habis nak bercerita mengenai family sendirikan?? Huh!! Biarla blog aku suka hati aku la nak cerita pasal ape… so sesiape yg tak nak baca sila keluar dari blog aku sekarang!! Diulang semula sekarang yerk bukan 3 minit lagi!!
Ehmm.. orang yg pertama yg aku nak reveal kan di sini ialah adik kesayangan ku yg bernama Adam atau lebih dikenali sebagai Adam Kerk.. hahaha.. nak tahu kenape dia dikenali sebagai Adam kerk?? Ini adalah kerana dulu kat rumah aku ade seekor kucing yg pelik.. cube teka kenapa dia pelik?? Hehe.. kucing tersebut pelik kerana ‘beliau’ tidak pernah pun mengeluarkan bunyi yg biasa di keluarkan oleh kucing-kucing yang sama sepsis dengannyer iaitu bunyi meow.. meow.. haah.. kucing tu pula mengeluarkan bunyi kerk.. kerk.. so oleh sebab itu adalah kucing pertama yg dijumpai oleh Adam semasa dalam hidupnyer.. jadi bila orang bertanyakan Adam bagaimana bunyi kucing?? Adam dengan penuh rasa bangga dan tanpa segan silunyer akan membuat bunyi kerk.. kerk.. hahahaha.. itulah kisah Adam Kerk kesayangan aku..
Sekarang turn Taufik, Hidayat dan Luqman pula untuk direvealkan oleh aku.. hahaha..
Tibalah giliran anak-anak perempuan cute Encik Idris pula untuk direvealkan.. sila beri laluan.. pon.. pon..
Hahaha… sekarang tibalah gilaran ayah dan mama pula.. jeng.. jeng.. jeng..
Okey.. selesai sudah operasi mereveal kesemua wajah ahli keluarga ku.. so sampai disini sahajalah post aku untuk kali ini.. diharap agar aku mempunyai idea2 yg menarik lagi untuk di postkan ke blog ini….
p/s: ini semua muka2 realiti ehh.. bukan muka2 fantasi…
No comments:
Post a Comment