jeng..jeng.. jeng.. yuhhuuu.. kembali lagi aku untuk mengimarahkan blog yang tidak seberapa kaya ini.. aikk?? Memang la.. kalau aku tak kaya macamane la blog akau nak kaya kan?? kalau blog aku lagi kaya daripada aku itu namanya suda lawan tokey!! Lalala.. okey kali ini aku nak cerita mengenai hobi masa luas aku atau lebih dikenali dengan nama hobi masa lapang atau senggang.. haha.. selain daripada bermain PS2 dan juga kaum kerabat game yang lain aku juga mempunyai satu hobi yang sweet dan comel seperti kanak-kanak perempuan yang laen.. hehehe.. cepat cube teka apekah hobi aku yg sweet lagi comel itu??? Adakah bermain Barbie doll atau paper doll?? Atau bermain masak-masak dibawah pokok kelapa?? Atau mungkin bermain kawen-kawen bersama rakan-rakan dan taulan-taulan?? Hahaha… nak tahu jawapannyer?? Jeng.. jeng.. jeng.. jawapannye ialah bermain kayu tiga bersama rakan-rakan… yeaaahhh… itu adala benar-benar belaka tipunya.. tidak akan menjadi motif la untuk aku memenuhkan masa aku yang sangat lapang untuk bermain bersama tiga batang kayu dengan kawan-kawan aku.. hahaha… teeeeeeeettttttttttttttttttt…….. okey siren masa mengarut suda tamat.. mari kita kembali kepada persoalan utama kita iaitu apakah hobi aku yang sweet lagi comel itu?? Hobi aku yang sweet lagi comel itu ialah…….. menelaah novel… taarrrraaaaaaa… sangat-sangat sweet lagi comelkan hobi ku itu?? Hahahaha….
Berbalik semula kepada hobi aku yg sweet lagi comel seperti menelaah novel itu.. aku sebenarnya mempunyai satu masalah yang agak kritikal lagi parah mengenai tabiat aku ketika menelaah novel-novel tersebut.. hahaha.. nak tahu ape masalah yang parah lagi kritikal itu?? Masalah nyer ialah aku selalu membayangkan wajah hero-hero novel itu dengan bayangan yang amat kacak, macho lagi bergaya dan kaya-raya… heroinnyer pula anggun, jelita lagi indah paras rupanya.. kenapa yerk bayangan ini boleh terjadi?? Sedangkan penulis tersebut tidak pernah berkali-kali menayangkan muka hero-hero serta heroin itu?? Huh!! Mungkin mereka tak jumpa muka-muka yang sesuai untuk dilantik sebagai muka hero serta heroin novel mereka kot?? Hahaha.. lantakla itu bukan masalah aku yang utama.. itu adalah masalah mereka daengan peyelaras grafik kulit novel mereka sebenarnya.. lalalala.. Ok2.. kita masuk semula ke dalam masalah aku yang utama itu.. ehm.. hero mesti kacak, bergaya, kaya, berkerjaya yang mantap serta mempunyai ciri-ciri kelakian ala-ala Tom Cruise serta Brad Pit.. huh!! Kenapa para penulis novel perlu memomok-momokkan para pembaca dengan hero yang bercirikan sebegitu?? Tiada langsung ciri-ciri keMalaysian yer disitu.. lagipun perbuatan itu boleh dikira sebagai penipuan kepada para penelaah seperti aku kerana amatla tersusah bagi mereka untuk membayangkan wajah-wajah para hero dan heroin itu.. cubalah sesekali hero dalam novel itu dibuatkan ciri-ciri seperti seorang yang tak berapa hensem sangat, berkerjaya sebagai petani atau kerja kampong serta mempunyai ciri-ciri kelakian ala-ala Awal Ashaari dan Kamal Adli.. heroinnya pula dibuatkan watak ala-ala perempuan Melayu terakhir.. kan senang nak dibayangkan... pastu latar belakang cerita pula bertemakan masyarakat kampong di kawasan kampong.. hehehe.. mesti best kan novel tu jadinya.. silap-silap jualannya boleh mengalahkan jualan novel Harry Potter kesemua edisi.. huhuhuhu…
Lagi satu masalah yang aku hadapi ketika menelaah novel ialah mengenai nama hero serta heroin tersebut.. ini adala kerana sekiranya nama-nama hero serta heroin novel tersebut tersama dengan nama-nama orang-orang disekeliling aku maka secara automatiknya wajah merekala yang akan mengungguli muka-muka hero serta heroin tersebut dan ia juga akan memberi pengaruh besar kepada feeling aku untuk menghayati novel tersebut.. yelaa.. cuba korang bayangkan korang baca novel yang nama hero atau heroinnyer tersama la pulak dengan nama orang yang korang tak berapa berkenan atau dengan kata jujurnya ialah orang yang korang tak suka.. dan lepas tu korang terpaksa menahan perasaan semasa dalam proses mengabiskan penelaahan novel tersebut… tak ke itu namanya penderaan mental dan batin??? Akan tetapi.. hehehe.. kalau nama hero atau heroin itu orang yang kita minat.. fuuyoo… memang best la jadinya proses penelaahan novel tersebut bahkan jalan citer novel yang tak berapa nak menarik pon boley jadi teramat-amat sangatla menarik!!! Lalalalala… perasaan masa itu sangatla macam di heaven sehingga tak dapat digambarkan dengan patah perkataan serta ucapan penutup majlis perhimpunan mingguan sekolah.. huhuhu.. hiperbola sungguh bunyinyer erk??
So di sini aku ingin menayangkan kepada korang para novel yang aku baru tamatkan penelaahannya baru-baru ini.. tapi disini aku ingin membuat sedikit ayat penegasan bahawasanya ape yang aku mengarutkan sebentar tadi tiada kaitan langsung dengan para novel berikut.. hehehe.. mungkin ade kot sikit-sikit tapi masih kabur dan kabus-kabus.. huhuhu…
firdaus adala name hero dalam novel ni.. oleh sebab nama dia amat ramai kawan-kawan aku gunakan.. hehehe.. so tidak menjadi masalah utama untuk aku meminjamkan salah satu wajah mereka untuk dijadikan wajah heronyer.. lalala..
oleh sebab name hero dalam novel ni adalah zain.. maka secara automatiknya muke zain Ruffedge la yang muncul dalam kepala aku.. haissyyy!!
oleh sebab name hero dalam novel ni adalah zain.. maka secara automatiknya muke zain Ruffedge la yang muncul dalam kepala aku.. haissyyy!!
mungkin sebab aku tak ade kawan yang bernama Hisyam seperti nama heronyer maka aku hanya bayangkannya wajahnya seperti wajah seorang doktor muda yang skema yang pernah aku jumpa dimana-mana hospital atau klinik yang pernah aku kunjungi.. lalalala..
Ben nama hero dalam novel ni.. ehhmmm... oleh sebab nama dia agak pelik so sampai sekarang aku tak dapat bayangkan wajahnyer.. hehehe...
Ben nama hero dalam novel ni.. ehhmmm... oleh sebab nama dia agak pelik so sampai sekarang aku tak dapat bayangkan wajahnyer.. hehehe...
p/s: kalau hero fantasi ku menjadi realiti kan best...
2 comments:
minah jiwang~ xD
hahaha... mana ade.. sikit-sikit jer.. lalala..
Post a Comment