Saturday, October 20, 2012

berkelah ke drama? eh!

Alhamdulillah..

perkelahan di kolam air panas dan air terjun di Baling 
walaupun dirancang last minit telah pon berjaya 
kami tempuhi dengan jaya nya..
thanks to owner Janda, Pusat Kegiatan Pelajar dan juga Ramli Kaya 
kerana mengangkut kami sampai ke 
Baling dengan bersungguh dan susah payah.. hahaha..
tidak dilupakan juga to najmi, kak fatin, arni, sue, baha, abg daus n lalu 
kerana sanggup memakan ayam bbq yang aku sediakan perapannya 
walaupun tak tahu rasanya sedap ke tak..
 Eh!! maafla sebab itu adalah pertama kali aku menyediakan 
perapan ayam bbq without ayah n mama di sisi.. 
sob3.. rindu ayah n mama tetibe..

secara keseluruhannya perkelahan selama sehari itu 
memang best n terbaek! 
first time pergi berkelah kat air terjun dengan 
kawan-kawan la katakan.. hehehe..
so diharap kepada najmi dan senior-senior yang laen..
lepas ni kalau nak gi berkelah lagi silalah jangan lupa untuk 
mengajak diriku ini.. hehehe..
jadi tukang kupas bawang, bakar ayam n basuh pinggan 
pon tak pe asalkan dapat pergi sekali.. lalalala..

^_^



di kolam ayer panas di Baling yang tidak ku ketahui namanyer..
=_=!


breakfast sebelum bergerak ke air terjun..
baru pukul 6.30 lebey-lebey je time ni..
hehehe..


barang-barang memasak kecuali beg yang di depan sekali...
hahahaa..






preparation session..


bakar ayam session..


mereka..


kami..


the survivor..




di atas jambatan yang utuh lagi kukuh..



pemandangan yang mendamaikan..
Subhanallah..


air terjun dan dua orang makhluk..


owhhh.. Arni dan Sue rupenyer!


bersama janda..


batu berdiri dengan sendirinya??
Ehh!!





p/s: sebagai balasan penat memandu kereta.. Ehhh!! terlepas nak dengar gosip-gosip terbaru sepanjang peninggalan ku di blok h sebab erah suruh masuk tido dek kerana mataku hanya mampu suku je terbuka.. -_-!

Thursday, September 13, 2012

miss them..


alahaii..!!!
tak sampai pon seminggu berada di bumi sintok
 tapi hati sudah tidak tertahan mengenangkan rumah
yang nun jauh di sepang..
T_T

nie baru duduk kat dalam negara
macam mana la agaknya kalau aku duduk kat luar negara??
huhuhuhu..
bergenang air mata setiap hari la jawabnya..
^_^



my precious family
^_^


paling dirindui..



p/s: kita dok rindukan orang di sana.. agak-agak orang di sana tu pernah ke rindu kat kita?? hahahahaa..^_^!

Wednesday, June 20, 2012

from him..



mende pertama yang dicari
setelah tiba di rumah
ialah..

ole-ole dari korea yang diposkan oleh beliau..
yuhuuuuu!!

^_^














p/s: apakah maksud tersirat beliau dengan memberikan ku ole-ole berbentuk alat bantuan belajar ini?? ohhhh noooo!! nak suruh aku rajin mentelaah pelajaran la tu.. ehhhh?? =_=!

Monday, June 18, 2012

berakhirnya tahun 3...


Alhamdulillah.. 
tamat sudah pengajian ku untuk semester ini..
so.. selamat tinggal semester 6..
dan.. selamat datang semester 7 a.k.a final year..

pejam celik pejam celik macam tak percaya je dah 
3 tahun aku meperantau kan diri di bumi sintok ini..
serious rasa maacam baru semalam je minggu orientasi baru berakhir..
alih3.. rupe-rupa nyer dah 3 tahun ianya berlalu..
=_=!

aku harap..
semester hadapan dapat la berlalu dengan tenang seperti semester ini..
semoga tragedi hitam semester 5 tidak akan berulang kembali
pada semester-semester akan datang..
dan aku sangat berharap agar aku dapat menamatkan 
tahun terakhir pengajianku di UUM ini dengan 
penuh kenangan yang manis-manis serta indah-indah belaka 
tanpa sebarang perkara perkara yang 
boleh mengguris hati dan perasaan ini..
^_^!






p/s: tahun tiga diakhiri dengan kenangan indah percutian di Langkawi island.. yeahhh!! ^_^

Wednesday, March 21, 2012

sweet 22..

Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..

hahaha.. 
rasa macam ape je bila mengumandangkan lagu hari 
jadi tok diri sendiri..
walaupun hari jadi aku 11 Mac yang lalu..
dah basi lagi berkulat da pun..

tapi..
aku still nak wish kepada diri sendiri dengan ucapan..

"Selamat Hari Lahir yang ke 22.." 

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi kerana aku 
masih diberikan peluang untuk bernafas lagi di usia ini..

harapan ku sempena tahun kelahiran ku ini..

semoga diri ini.. 
menjadi anak yang solehah dan sentiasa taat 
kepada ayah dan mama.. 
menjadi seorang yang taat kepada ajaran agama..
menjadi seorang pelajar yang cermerlang dan mampu berbakti 
kepada bangsa, agama dan negara..
 dan tidak lupa semoga panjang umur dan sentiasa 
berada dalam keredhaan dan perlindungan Allah..

~ Amin ~




thanks to my beloved friends erah, dila, najmi, yati, aina for 
the suprise birthday cake n cocktail..

^_^



p/s: nape bile umor da mencecah 22 nie ramai bebeno makcik-makcik dok bertanya bila nak kawen? da ade calon ke belom?? adoiyaii.. makcik tak leh tunggu umor cecah 25 ke baru tanye?? =_=!

Sunday, March 18, 2012

spesifikasi pilihan

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.


4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi
...wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."


 
 
 
 

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

taken at syabab musafir kasih page.. huhuhu..   ^_^




p/s: lumrah dunia.. nak wat camana la kan?? huhuhu..

Tuesday, March 6, 2012

muhasabah diri

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang..
kita di beri cubaan dengan kehilangan..
Allah menguji kita dengan impian yang amat kita harapkan..
kita tertunduk dengan berlinang air mata di saat impian kecundang..
Sesungguhnya dia lah pemberi segala..
dan segalanya kepunyaanNya..

Saat ditarik segala nikmat yang ada..
Dia sedang mengaturkan untuk kita sesuatu yang lebih berharga..

 Jangan bersedih..
Allah telah mengaturkan sesuatu untuk kita.. 
jika kita sentiasa berdoa kepada Nya..
dan..
berbuat baiklah selalu..

^_^


Ya Allah..
sesungguhnya hamba Mu ini seringkali alpa dan leka terhadap Mu..
seringkali meratapi tika di timpa musibah..
seringkali mengeluh tika diuji..
jarang sekali bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan Mu..

Ya Allah..
kau ampunilah segala dosaku ini..
kau berikanlah petunjuk kepada ku..
agar aku berada di atas landasan Mu..
dalam usaha memperbaiki diri..
menjadi mukmin sejati..

Amin..







p/s: semoga aku tabah dan sabar dalam menempuh liku-liku hidup di dunia ini.. ya Allah.. kau berkatilah segala urusanku.. jadikanlah aku hambaMu yang taat kan perintah Mu dan tidak lalai melakukan segala suruhanMu..

Saturday, March 3, 2012

smile



Alhamdulillah..
syukur ke hadrat Illahi..
coz duit biasiswa JPA dah masuk jua akhirnya..
setelah menanti selama seminggu lebih..
jadi.
tak perlulah meminta-minta duit dengan ayah lagi...

^_^


hopefully..
aku dapat manage duit sem nie dengan baek..
dan tidak melakukan pembaziran yang melaghakan..





p/s: tersenyum bila melihat slip bank sejurus JPA masuk.. tapi kembali sedih bila melihat slip bank selepas yuran dibayar.. huhuhu.. tapi walau apapun.. aku tetap bersyukur.. ^_^

Friday, February 24, 2012

part 6: first week

Alhamdulillah..
akhirnya selesai juga selasai urusan add drop 
untuk sesi sem 6 nie..

ehhhmm.. sem nie tak banyak subjek yang diambil..
hanya 6 subjek sahaja..

tapi..
walaupun subjek sikit itu tidak bermakna ianya tidak memenatkan..
ye laa.. mana tak nyer penat..
 kelas 3 hari dalam seminggu mula pukul 8 pagi..
hahaha..
setelah setahun tak berkelas seawal itu..
akhirnya aku terpaksa juga menghadapinya sekali lagi..

ehhmm...
mungkin itu balasan aku selalu gelakkan orang yang 
ade kelas pukul 8 pagi ketika dulu kala..

=_=!


untuk sekian kalinya dalam hidupku di bumi uum nie..
inilah first timenya..
hari selasa adalah bukan hari aku untuk merehatkan diri..
seperti hari-hari selasa yang terdahulu kala..

ini kerana.. 
buat julung-julung kalinya aku ade kelas 
selama 6 jam di hari tersebut..
3 jam di waktu pagi..
dan 
3 jam lagi di waktu malam..

walaupun ramai kawan-kawan aku mensimpati setelah
mengetahui jadual pembelajaran aku pada hari tersebut..
namun..
aku tetap bersyukur..
kerana aku yakin..

"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."
dan
"Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik buat hamba-hambaNya.."

^_^





" Ya Allah.. 
Kau permudahkanlah segala urusanku dalam menuntut ilmu..
Kau terangkanlah hati ku dalam menuntut ilmu..
Kau tenangkanlah hati ku dalam menuntut ilmu..
Kau permudahkanlah aku untuk memahami apa akan 
apa yang di ajar..
Kau berikanlah aku kefokusan yang tinggi ketika di dalam kelas..
Kau kuatkanlah daya ingatanku..
Kau tabahkanlah aku dalam menuntut ilmu.."

Amin..




p/s: sabar dan tabahlah wahai hati.. yakinlah dengan janji Allah.. Allah sentiasa memberikan yang terbaek untuk hamba-hamba Nya.. dan ingatlah.. sabar itu cantik.. ^_^

Friday, February 3, 2012

mempersembahkan...

okey..
pada entry yang lepas aku ade cakapkan yang 
entry kali nie aku nak show off sikit la muka sape 
yang menjelma dalam layar minda 
kotak fikiran aku la masa aku menelaah novel 
vaucher RM 200 a.k.a Akukah Juwita? tuu..

so..
oleh sebab aku bukan terdiri dari golongan munafik 
yang "apabila berkata dia berdusta".. 
maka dengan segala hormatnya..
aku mempersembahkan imaginasi aku akan
watak-watak utama dalam novel Akukah Juwita ini..
hahahaha..

=_=!



aku rasa fazura la  yang paling sesuai bawak
watak minah binti temon tu..
huhuuhu..



tok watak Ukail aku tak tahu nape 
aku rasa Syamsul paling layak..
maybe sebab ukail tu poyo dan 

garang plus ego kot..
so muke dye kene sombung sikit laa..
hahaha...


aqil a.k.a Gaban..
hehehe..
nie lagi satu aku tak tau sebab pe aku nak encik
jericho yang mengungguli watak tu..
lalalala...


aku rasa la..
mungkin sebab faktor pengaruh drama melayu tak
pon AJL kot aku letak si Remy ni as Rifki..
yang pasti aku tak letak la tiz or alyah as fazura..
kihkihkih..


hahahaha..
aku rasa la kan..
not bad jugak la test aku nie kan?..
so..
lepas nie aku tinggal nak upah penulis skrip dengan 
tuan director je kot kalo nak wat 
adaptasi novel nie kepada drama tv..
huhuhuhu..

tinggi menggunung cita-cita aku nie kan??

jadi..
ade sesiapa nak jadi setiusaha projek 
tok buat kertas keje projek nie buka sem nanti?
hahaha..

PANG! 
tampar muka diri sendiri sebijik sebab berangan terlebey!!

=_=!





p/s: aku rasa la.. semenjak masuk tahun 2012 nie la kan.. kawan-kawan aku ramai da meroyan sibuk nak kawen.. hahaha.. aku je yang rilek.. tapi mak cik- mak cik aku pulak yang sibuk tanya bila aku nak kawen.. hey-hey.. umur cek baru nak masuk 22 je kot.. bukan 32 yang memang wajib kene kawen.. apadaa.. =_=!


bukan aku la

" dia bukan mencari seorang perempuan sehebat 
Siti Khadijah tetapi cukuplah seorang 
juwita yang sudi hidap bersama 
sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu? "

so..

akukah?

akukah?

akukah?

kalau aku baguslahhh...
hahahaha..


sudahhhhhh!!
kau jangan nak perasan la wahai cik Puteri Atiqah oiii..
Juwita yang dimaksudkan diatas adalah bukan kau..
diulangi sekali lagi bukan kau..
hahahaa..

Cisss!!
untungla kau Minah..
dapat jadi Juwita si dia..
yang hensem, lagi macho..
gagah lagi perkasa..
baek hati lagi egois..
kaya raya lagi tak kedekut..
sombong tapi comel..
errkkk..

untunnngggglaaaaa..

untunnggglaaa..

untungglaa..

untungla kau wahai cik Minah bt Temon..
hahahaha...

=_=!



okey..
segala kemengarutan aku kat atas adalah bukan  
disebabkan aku meroyan ke hape ehh.. 
ini semua disebabkan aku baru sahaja habes membaca 
novel vaucher RM200 aku..
yang bertajuk Akukah Juwita?
hahaha..

tengok nama tajuk macam bosan je kan?
tapi sebenarnya cerita dia quite interestingla..
even aku boikot tak nak baca buku tu dekat seminggu..
setelah berada di pertengahan jalan ceritanya..
ini  semua disebabkan oleh ke 'frust' san akibat 
curik-curik membaca ending cerita 
dye sebelum tiba masanya..
hahaha..

ye laa.. 
sapa yang tak frust!!
dah elok-elok dari awal cite si minah ni 
sweet dengan si Gaban tu..
pastu muncul pulak si Rifki masuk line..
tapi lastly tengok-tengok si minah ni 
kawen pulak dengan si Ukail tu..
puiii!!

tapi..
tak pe la..
kira beruntungla kau wahai Minah binti Temon..
even kau melepas si Gaban yang hensem..
kau melepaskan kan si Rifki yang sengal..
tapi kau still dapat si Ukail yang macho..
daripada aku nie..
tak dapat pape langsung melainkan dapat
gelaran 'minah sewel' dari adek aku sebab
baca novel pastu senyum sesorang!!
cesss!!

=_=!



ni la cover novel yang aku baca tu...


ehhmm..
oleh sebab aku rasa entry kali ini da panjang berjela..
next entry nanti la aku tunjukkan 
muke sape yang menjelma dalam minda aku
semasa menelaah novel ini dengan jayanya..
hahahaha..
adiozz!!

^_^!





p/s: sebenarnya aku beli novel nie bukan sebab sinopsis dia best or tajuk dia atau cover dia menarik ke hapa.. aku tak baca pon segala sinopsis kat belakang buku nie before beli.. hahahaa.. aku beli sebab aku tengok buku  nie tebal dari buku yang laen.. dengan fahaman aku masa kat kedai buku tu yang bertemakan "baik beli buku tebal sikit.. biar lambat sikit habes baca..!!" so aku pun rembat la buku nie dan terus bawa ke kaunter.. hahahaha.. naseb baek jalan cerita dia not bad.. fuhh.. =_=!

Thursday, February 2, 2012

not sleep yet

perhhh...
sekarang dah pukul 4.50 pagi..
tapi mata aku still tak mau tertutup..
masa macam nie la otak dan mata aku tak nak bekerjasama.. 

sebabnya..
otak  aku dah suruh tido tapi mata aku ni pulak tak  
degil macam tuan dye tak mahu lelap..
huhhhhh!!
mogok ke hape mata aku malam nie??
=_=!


gaya aku sekarang..


kejap..
asal tetibe aku dengar bunyi something terbang-terbang 
sambil langgar dinding kat ruang tamu tu?
ahhhh.. sudahh..
nie ape mende lak la yang nak menguji 
keimanan dan keberanian aku nie tine-time macam nie? 
da la aku memang dilahirkan dengan 
sifat keberanian yang tinggi teramat..
aduyaii..

tapi..
aku rase la kan..

macam musuh no 1 aku je yang dok maen terbang-terbang tu..

so..
aku rasa baek aku tido sekarang..
k. bye!!

=_=!





p/s: penat yang teramat ari nie.. tapi mata nie macam tak reti apa itu maknanyer P.E.N.A.T la pluak?? cess!!

Wednesday, February 1, 2012

random
























p/s: rasa lega lepas bercerita kepada seseorang.. fuhh... hahaha.. tapi rasa lagi lega sebab aku dapat attack ko balik.. hahahaha.. jangan ingat aku lemah macam dulu ehh.. sorry banyak sikit la.. ^_^!!

Saturday, January 28, 2012

let's join!

Are you a Malaysian? Do you use Facebook? Twitter? Here are some presents for you!: Win prizes ranging from cool gadgets, shopping vouchers, experiences and more when you share a SAYS Social Recommendation to your friends on Facebook and Twitter. 

By choosing your favorite prizes from the Weekly Giveaway, every unique visit received after sharing a Social Recommendation will leave you with a +1 chance of winning a prize you chose. Even better, invite a friend and receive +10 chances!








p/s: bila aku tak de keje.. hehehe

Friday, January 27, 2012

first step

okeyy..
arini aku wat keje giler lagi..
tak cukup keje giler yang dulu 
tak settle lagi problemnyer..
sekarang aku da buat keje giler yang baru!!
hahaha..
ko memang tak serik-serik la tqa oii!

ehhhmmm..
tapi nape ehh bile setiap kali aku 
wat kerje giler macam tu..
bila time sampai kat pertengahan jalan jer.. 
baru aku nak rasa menyesal!!
hahahaa..
sungguh annoying serta
looooooserrr gila rasa perasaan ini tau tak!!
looooossssseerr!!
looosseerrr!!
loosseer!
looser!
loser!

=_=!










p/s: semoga dengan langkah ini dapat mendamaikan 2 pihak yang bertelagah.. cewaahh!! poyo la aku!! hahaaa.. tak de laa... semoga dengan langkah ini dapat merapatkan dua pihak yang tak berani bertegur sapa padahal hari-hari dok jumpe time makan kat kafe n mall.. =_=!

Tuesday, January 24, 2012

life must go on

 


















p/s: adek aku yang lelaki form 5 hebat giler masak nasi.. tapi aku?? huh!! life must go on tqa... hahaa.. tak pe dye masak nasi ko masak lauk jer.. kih!! =_=!!

Monday, January 23, 2012

syoknyer cuti..

yeahhh...
setelah 3 hari merehatkan diri di rumah
akibat perjalanan dari cangloon ke kajang yang
 menelan masa selama 17 jam..

finally..
aku telah hidup kembali untuk mengimarahkan
 blog yang tidak seberapa ini.. hahaa
hampehh punye bas cap DB..
tak mau aku naek akan dikau lagi..
tak pasal-pasal aku berkelana di 
hentian pudu menegakkan
 ke'justice'an untuk pulang ke rumah semata-mata..
huhhh!!

=_=!


me n retis2 bukit kaci.. 

tapi..
mari kita lupakan semua kenangan yang menguris
 lagi meghiris hati itu dengan
menikmati cuti ini dengan aman damai dan jayanya..
yeahh..

seyes heaven giler dok kat umah..
tak yah pikir pasal nak kene makan pe tok 
sarapan, lunch n dinner..
tak payah pikir bila masa nak kene basuh baju..
tak payah pikir semua tu..
tak payah..
hahahaa..

dan yang lagi best nyer dok kat umah nie..
semua makanan yang didamkan dan 
tak wujud di bumi sintok..
boleh dinikmati dengan heaven nyer..
hehehe..

abes la..
makin chubby la aku bile naek sem nanti..

^_^ 





p/s: ingatkan time cuti da stop da kene bahan.. rupenyer TIDAKKKKK.. huhhh! =_=!!

Thursday, January 19, 2012

today is the day!!

yeahhh..
kurang dari 10 jam lagi aku akan melangkah 
 meninggalkan bumi kachi ini..
tak sabarnye nak menjejakkan kaki 
di bumi sepang yang best dari kaci.. 
hahahaa..

tapi before that..
huaaaaaa..
penantnyer kemas bilik..
asal la banyak bebeno barang aku dalam bilik nie?
beranak ke hape barang aku nie?
makin banyak dari sem lepas je nampaknyer..

=_=!



hasil kumpulan buku selama 5 sem.. ori tuuu!! hehehe...






p/s: hari nie sumpah ngantok giler.. penat exam.. penat kemas barang.. penat kene keja dgn kucing..penat nak balik.. huaaaaa.. semuanyer penat.. =_=!