Thursday, May 13, 2010

aku benci kau!!!

argghhhhhhhh......... tension teramat sangat rasenya apabila bercakap dengan 'orang' yang tak reti nak faham bahasa nie... kau nak suruh aku cakap dalam bahasa ape lagi baru kau boleh faham??? wei!! kan aku da cakap banyak kali yang aku benci sangat-sangat kat kau kan??? so apasal kau asyik muncul je kat depan aku?? dah la kau suruh kaum kerabat kau kacau aku dari UUM lagi kau tahu tak?? huh!! mesti la kau tak tahu kan?? jadi tu pasal la kau asyik kacau aku tiap-tiap malam... kau mari sini aku nak cakap sikit yang bahawasanya aku sesangat la tak de masa untuk diperuntukkan kepada kau?? dan untuk pengetahuan kau juga tiap-tiap kali kau muncul depan aku... aku berasa teramat la nak menjerit sekuat hati.. tapi oleh sebab menjaga pride aku kat depan adik-adik aku yang laen aku tak jadi menjerit tahu tak?? sangat terseksa kau tahu tak aku pada masa tu??? huh!! okey2.. oleh sebab aku da tak tahan sesangat dengan kau nie.. ape kate kite buat perjanjian ok tak?? ahhhh.. aku tak kira kau setuju ke tidak yang aku tahu kau mesti setuju!!! faham tak???


ehmm.. ni adalah antara butiran syarat-syarat perjanjian antara kau dan aku... so lepas nie aku harap kau tak akan kacau hidup aku lagi... faham tak??? faham!!!!


PERJANJIAN ANTARA KAU DAN AKU


- kau mestila tidak akan muncul secara mengejut kat depan aku
- aku tak akan bagi tahu ahli keluarga aku yang lain
ko muncul kat depan aku
- kau mesti pastikan kita sentiasa berada dalam jarak
yang selamat apabila berjumpa
- kalau jumpa secara kebetulan sila jangan endahkan aku
- sila jangan hampiri aku sebab aku tak hampiri kau pon
- aku tak akan kacau kau kalau kau tak kacau aku
- kalau kau bertindak lebih-lebih aku akan sembur kau


Okey.. cukup itu sahaja isi perjanjian antara kau dengan aku.. so lepas ni aku tidak teragak-agak untuk sembur kau sampai kau kembali ke alam lain... faham tak???????


kat sini juga aku nak tayangkan juga gambar kau yang perasan hensem tu untuk tontonan umum.. biar padan dengan muka kau!!! hahahahaha...



lihat la muka kau yang tak hensem lagi tak kacak tu!!



kau ingat kau kelihatan bergaya ke posing macam tu?? huh!! memang tak la..


orang tua-tua cakap kita tak boleh benci 'seseorg' itu sangat-sangat kerana nanti kita akan suka kat dia.. betul ke macam tu?? tapi dengan situasi aku sekarang macamana pula?? eerrrkkkk... jangan cakap yang nnt Encik Lipas ni akan terjatuh suka kat aku!!!!!! tidakkkk!!!!


p/s: kalau kau adala fantasi dan bukan realiti kan bagus...




4 comments:

Norhayati Saad said...

encik lipas, teruskan misi anda untuk mengacau cik tqa...ini adalah arahan daripada ketua operasi anda, cik yati...haha...
*adaptasi drpd IRIS...

atiqah idris said...

banyak la kau!!! ngeri aku.. lipas2 kat kawasan rumah aku sangat la tak educated.. boley plak dia lari pusing2 kat tempat yg sama bile kene kejar..

Norhayati Saad said...

haha...klw ko duk umah lama mesti lipas tu educated...sebab dok dlm u...ni skang x dok u dah lipas pun dari golongan hammba biase je la...haha...weh follow la blog aku...huhu

atiqah idris said...

tau tak pe.. lipas sume tak bertamadun.. kampong betol!!! aku da follow ah blog ko.. hehehe