Tuesday, May 11, 2010

family ku bukan family mu

Sebagai pembuka 'blog' ini saya akan menceritakan perihal family saya... hehehe... ini adalah intro biasa yg digunakan oleh org yg tak tau nak tulis ape sebagai intro blog mereka... lalalalala... OK.. berbalik kpd cerita family aku.. aku mempunyai seorang ayah dan seorang mama serta seorang kakak, seorang adik perempuan dan empat orang adik lelaki serta seorang aku... (seorg aku??) so, mengikut kiraan matematik yang aku sering gunakan di sekolah.. mmg tak salah lagi yang aku mempunyai sembilan orang ahli keluarga... hehehe (sebenarnyer aku masih menggunakan bantuan jari tangan tok mengira jumlah ahli keluarga sendiri lalalalala..)

Ahli keluarga aku yg pertama yg ingin aku perkenalkan disini ialah kakak aku yg bernama Aisyah.. kakak aku ni merupakan seorang pelajar jurusan Geologi di UKM dan bakal bergraduasi tak lama lagi mengikut kiraan kelendar tahun Masihi.. hehehehe... sebenarnye satu perkara yg aku masih tak faham mengenai kakak aku ni sehingga ke hari ini ialah mengapa beliau mengambil kos geologi erk?? hahaha.. lihatla sehingga ke hari ini walaupun sudah melepasi 3 tahun beberapa hari aku masih tidak dapat merungkai persoalan tersebut.. yelah mana la aku tak menjadikannya sebagai persoalan kerana setiap kali aku tengok dia wat tugasan atau dgn nama lain ialah homework mesti ada kaitan dgn batu.. yelah mana tak pelik... aku tegok kalau dia buat esei jer mesti pasal batu, buat lukisan pasal batu, pergi field work sampai ke Kedah pon sebab nak tengok batu-batuan kat sana (ceh.. da sampai Kedah tu tak reti2 ke nak melawat adik dia yg sorg nie??), bawak balik ole2 dari field work pon batu gak so kesimpulannyer semuanyer ialah bercirikan batu.. nasib baik die tak berkepala batu.. hahaha... tapi dalam belajar batu-batu tersebut pon dia boleh dapat DL 3 kali.. hahaha.. aku yg belajar tak sentuh batu walaupun sekali ni tak pernah pun merasa DL tersebut.. mungkin tuah batu kot dia dapat DL.. lalalalala.. (amboi2 suka-suka hati jer erk aku kutuk kakak sendiri.. hehehe)

Dah2 cukup cerita pasal kakak aku dengan batu-batunyer.. sekarang aku nak cerita lak pasal adik perempuan aku yg sorg ni.. adik aku ni name dia Izzatty.. baru lepas habis SPM dan sekarang sedang melakukan persediaan di INTEC.. hahahahaha... padan muka dia tak dapat menikmati cuti yg panjang seperti yg di idam-idamkan.. lalalala.. tu la sape suruh anda mendapat semua A dlm SPM anda.. kan anda sudah rugi di sini.. yeahh aku kakak yg baik akan mengqoda'kan cuti anda lalalalala.. ok2 menyambung semula kisah mengenai adik aku yg ini.. dia merupakan seorg yg ulat buku.. diulangi semula ulat buku yer bukan ulat bulu atau ulat beluncas!! nak tahu kenapa dia boleh tergolong dlm kategori ulat2 ini?? ini adalah kerana die sangat suka dengan buku sehinggakan pergi berhari raya ke rumah org pun dia akan lebih mengutamakan buku atau surat khabar di rumah tersebut berbanding dengan kuih konfleks dan air sirap yg enak lagi lazat yg berlokasi di atas meja.. hehehe.. adakah dia tidak sedar perbuatan dia itu amat merugikan?? yerr perbuatan dia itu amat merugikan perutnyer kerana kuih itu amat sedap dimakan dan perbuatannyer juga amat menguntungkan perut saya, kakak dan adik2 yg lain kerana kuih itu amat lazat dimakan.. hehehe.. ntah2 berkat pengorbanan kuih konfleks itu kot dia mendapat 12A dlm SPM??? ehmm.. mungkin juga.. boleh di pertimbangkan kembali persoalan tersebut.. lalalala..

seterusnyer turn adik2 lelaki aku lak utk diceritakan.. pertama sekali aku nak cerita mengenai trio adik lelaki ku iaitu Luqman, Hidayat dan Taufik.. hahaha.. mengapa mereka digelar trio?? mereka digelar trio kerana mereka selalu melakukan aktiviti bergaduh bersama.. hahaha.. tapi yang peliknyer di sini ialah walaupun mereka sering bertumbuk, baling2 barang, menjerit-jerit, kutuk-mengutuk ketika bergaduh akan tetapi selepas itu tak sampai detik 10 minit pun mereka sudah boleh bergelak ketawa di depan TV sambil bermain PS2. pelikkan mereka ini?? adakah mereka tidak sedar yg mereka telah melakukan pembaziran tenaga mental dan fizikal dengan melakukan perbuatan bergelak ketawa di depan TV tersebut?? Kenapa mereka tidak menunggu sehingga detik 12 jam baru berbaik semula??? Bukan kah itu baru mencapai objektif penggunaan tenaga mental dan fizikal tersebut… huhh!! mungkin ini la yg dinamakan lumrah kehidupan kanak-kanak seperti aku.. ehhh.. aku tu kanak2 lg ker?? boley diterima kot.. hehehe.. rumah tidak akan ceria jikalau mereka tidak melakukan aktiviti itu setiap hari.. ehmm.. adakah ini itu ayat penyata atau penafian??? mari kita fikirkan bersama.. lalalala..

Sekarang giliran aku menceritakan perihal adik kesayangan aku iaitu Adam.. hahaha.. mengapa aku hanya menyatakan bahawasanya Adam adalah adik kesayangan ku??? mengapa tidak dinyatakan terhadap adik2 ku yg lain??? hehehe.. ini adalah kerana pengaruh daripada drama Adamaya di mana Adam didalam cerita itu adalah jejaka idaman seMalaysia.. beliau sangat hensem, kacak lagi bergaya.. yeeaahh... itu adala dusta semata.. aku sayang Adam kerana dia adalah adik aku paling kecil.. secara logiknyer memang la semua adik2 aku tu merupakan adik2 kesayanganku akan tetapi hehehe... aku merasa amat malu untuk menyatakannyer secara terang-terangan.. nnt aku yang kena 'bahan' balik dengan mereka.. 5 lawan 1 mestilah aku yg kalah.. hehehe.. OK2.. berbalik kepada cerita Adam aku.. Adam merupakan seorg makhluk yang baru nak menjangkau usia 2 tahun.. sangat bijak berkata-kata walaupun hanya menduplicate ayat org lain.. ehh.. adakah itu dikira sebagai bijak berkata-kata??? boleh kot.. hehehe..

Sekarang turn aku pulak nak mendominasi post aku yg kesatu ini.. hehehe.. kesatu??? memang BM A1 la SPM dulu.. Ok2.. sambung cerita pasal aku ni.. aku bernama Atiqah.. sedang menuntut ilmu di UUM dalam jurusan undang2.. masih mempunyai baki 3 tahun untuk menamatkan pengajian.. seorg makhluk yg suka menyakat org lain terutamanyer 'my buddies' hehehe.. untungla sape yg jd buddies aku tu erk.. hari2 kene sakat dengan aku.. yeaahhh… amat suka menstudykan diri last2 minit kerana masih lagi berpegang pada prinsip baca awal nanti cepat lupa.. hahaha.. prinsip ini telah terbukti berkesan kerana aku hanya mampu membaca sedikit sahaja so memangla ingat.. sebab sedikit je yg mampu dibaca.. diulangi amat sedikit tak sampai 4/4 pon.. jadi kesimpulannya jangan mimpilah nak cium DL kalau masih berpegang dengan prinsip ini.. lalalala..

okey sekarang turn my ayah dan mama punye part pulak.. yeaahh.. ayah bernama Idris dan mama bernama Kamariah.. mereka berasal daripada Muar, Johor.. yesss.. proud to be johorean!!! ehh.. aku plak yg terlebeh-lebeh proud ni apasal erkk?? hahaha.. ayah ku merupakan seorg tenaga pengajar di salah sebuah universiti di Selangor dan mama pula merupakan seorg suri rumah di salah sebuah rumah yg berlokasi di Selangor juga.. hehehe.. saya amat sayangi mereka kerana saya amat memerlukan mereka utk meminta duit.. errkkk?? itu dulu.. sekarang saya jarang-jarang melakukannyer kerana Encik JPA yg selalu memberi duit kepada saya... hahaha.. saya amat sayang kepada Encik JPA juga.. lalalalala

Ohh nampaknyer sampai disini sahajalah post yg mampu aku tulis untuk kali ini.. hehehe.. gaya macam nak bagi ayat penutup untuk ucapan perpisahan darjah 6 erkk.. huhuhu.. diharap aku akan berkesempatan meluangkan masa berfacebook aku untuk membuat post yang baru.. dan diharap sangat2 juga family ku akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknnya..

p/s: keluarga aku adalah realiti… aku nak berkeluarga adalah fantasi…

No comments: