Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru



jasa guru ku tak terhingga..

aku tidak melupakannya..
banyak ku dapat ilmu daripadanya..
jasanya ku kenang sampai bila-bila...


yeeaahhh.. itulah bait-bait lagu yang sering berputar di minda ku setiap kali menjelmanya hari guru ini.. lagu yang telah didendangkan semula oleh kumpulan aeman kira-kira 9 tahun yang lalu itu masih lagi menjadi lagu tema utama untuk sambutan hari guru di peringkat sekolah terutamanya di sekolah-sekolah rendah.. walaupaun lagu tersebut sudah tergolong dalam golongan lagu-lagu evergreen namun maksud yang tersirat disebalik liriknya tetap releven di setiap zaman.. hehehe..



okey dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang telah mendidik aku dari aku semenjak aku di tadika sehinggalah aku di universiti.. atau mengikut kiraan tahun Masihi ialah dari tahun 1996 sehinggalah tahun 2010 dan tahun-tahun seterusnya semasa aku bergelar seorang pelajar ini... di kesempatan ini juga aku ingin menyampaikan sepatah dua kata atau lebih popular dikenali sebagai ucapan terima kasih kepada para guru yang telah mendidik serta mengajar aku tanpa mengenal erti penat jemu serta sanggup mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit dalam usaha menjadikan aku insan yang berguna..



so inilah ucapan yang aku ingin sampaikan kepada para guru aku... hehehe...

jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mencurahkan segala keringat dan pengorbanan dalam mendidik serta mengajar saya tanpa mengenal erti penat jemu.. jasa serta pengorbanan kalian amatla besar maknanya dalam hidup saya dan tanpa kalian mungkin saya masih terkapai-kapai di dalam dunia yang gelap gelita tanpa cahaya keilmuaan.. jadi harapan saya agar kalian semua akan terus tabah dalam meneruskan usaha mendidik anak bangsa ini..

kepada semua para guru
SELAMAT HARI GURU
saya ucapkan..




jadi dikesempatan ini aku ingin menyenaraikan nama-nama guru (yang masih aku ingati) yang telah berjaya mendidik aku sepanjang tempoh persekolahan aku sehingga aku berjaya menjadi seorang insan yang berguna...



Taski ABIM At-Taqwa, Kajang (1996)
Puan Fuziyah

SK Jalan Semenyih 1, Kajang (1997-1999)
Puan Ruhana Taib, Puan Shanty, Puan Maslinda Musa, Puan Aminah Md Fiah, Puan Siti Asiah dan guru-guru yang lain..

SRA Sungai Kantan, Kajang (1997-1998)
Ustazah Aisyah, Ustazah Zauwiyah serta ustazah serta ustaz-ustaz yang laen..

SK Sungai Ramal Dalam, Kajang (2000-2002)
Puan Zuraidah Othman, Encik Rizal, Puan Junaidah, Puan Sarah, Puan Normah, Puan Umi Kalthum, Ustazah Zimah, Sir Ahmad Azmi, Sir Syauqi dan para guru yang lain..

SRA Sungai Ramal Dalam, Kajang (1999-2002)
Ustazah Aisyah, Ustazah Ramlah, Ustazah Fauziyah, Ustaz Ramaya, Ustazah Siti, Ustaz Mat juhaimi, Ustaz Nizzam, Ustaz Kahar, Ustazah Subaidah serta ustaz dan ustazah-ustazah yang laen..

SMK Bandar Baru Bangi (2003-2005)
Puan Siti Zainab, Puan Siti Zaleha, Puan Salmah, Encik Azman, Ustaz Masrur, Ustazah Adibah, Ustazah Sa'adah, Ustazah Kamariah, Puan Hawayah, Ustaz Solah, Puan Che Maheran Musa, Ustazah Fauziyah, Puan Rosmini, Puan Hamidah, Ustaz Solah dan para guru serta ustaz dan ustazah yang laen..

MRSM Kuala Kubu Bharu (2006-2007)
Puan Rohana, Puan Yusnita, Puan Nor Faizah, Encik Azdi, Encik Rosli, Encik Hussien, Encik Ahmad Azmi, Encik Wan Azran, Encik Zabidi, Encik Zaidi, Ustaz Zeidi, Miss Sherry, Puan Aida, Puan Ermalawati serta guru-guru yang disayangi yang laen..

Uitm Shah Alam - Foundation of Law (2008-2009)
Cik Lela, Puan Nadia, Encik Irmohizam, Puan Azhani, Puan Azhana, Encik Izuan Izzaidi, Mr. Choi, Puan Vita, Puan Mariam serta para pensyarah yang laen..

Universiti Utara Malaysia - Law Legal Bachelor (Hons) (2009-2013)
Dr. Alias, Puan Khuzaimah, Puan Wan Izzat, Puan Rohana, Puan Aspalela serta para lecturer yang laen...

*kepada para guru, ustazah, ustaz dan lecturer yang saya tidak senaraikan namanya... ribuan ampun dan maaf dipinta kerana saya tidak beberapa mengingati nama kalian akan tetapi saya masih mengingati wajah serta sumbangan kalian kepada saya... :)


so sampai disini sahajalah post aku untuk kali ini.. akhirkata saya ingin mengucapkan sekali lagi ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua para guru di Malaysia...


p/s: kepada para guru di alam realiti dan fantasi.. selamat hari guru diucapkan...

4 comments:

Tensai7 said...

pergh gila hebat ko ingt sume nama2 cikgu yg diajar. sampai ustaz solah 2 kali diulangnya. tapi sape en. Azman wey? xD

atiqah idris said...

hahaha.. x perasan aku ulang 2 kali nama ust solah tu.. encik azman tu cikgu geog form 1.. dye penah jadi guru ganti kelaz kite.. hehehe..
n dye pernah wat jawapan exam yg durjana kerana soalan 1 till 15 jawannyer a.. hahaha

Tensai7 said...

pergh mantop sungguh ingatan ko. aku x ingt dah sume tu t'masuk cikgu tu skali xD

atiqah idris said...

hahaha... aku hanya ingat benda yg pernah terjadi kat sekeliling aku jer... ko mmg x kan la sikit pon tarak ingat?? huhuhu