Friday, September 3, 2010

30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


hehehe... apekah motiffnyer aku meletakkan 30 perkara ini di dalam blogku??? 
nampaknyer macam tiada motiff...
 so kesimpulannyer hanya tuhan sahaja yang tahu.. 
(^_^)!! lalalaaa...


tengok daun yg tersusun cantek kat dalam hati tu.. tetetibe je teringat kat chewing gum yang kampetnyer kaler hijau.. wrigley's chewing gum double mint hehehe..


nilah dia chewing gum tu... hehehehe


p/s: adakah naseb perempuan ibarat chewing gum??? habis manis chewing gum dibuang??

Sunday, August 29, 2010

merdeka!!!

yeahhhh... akhirnya habis juga exam midsem TORT yang menerujakan itu.. hahaaa.. thanks to 'someone' yang telah memberikan nasihat supaya saya tido je kalau dah tak boley nak baca buku tu lagi... dan lepas tu bangun balik untuk sambung study dan bersahur sekali.. gaya nyer ala-ala macam dapat pakej combo lengkap gitu ----> sahur + study.. hehee.. wokey saya telah pun mengikuti nasihat anda dan hasilnya saya telah tido dengan
jayanyer tanpa bangun-bangun selepas itu..
perrhhh gamble habes pergi amek exam tanpa habis study... hahaa.. 
cayala kau tqa!!  next test family law lepas raya nie 
SILA LAH CUBA BUAT LAGI... (^_^)!!

tapi walau papepun aku rase test tadi tak de la susah sangat walaupun aku dah salah 2 soalan.. hehee.. so di sini aku ingin membuat kesimpulan yang bahawasanya jikalau ade exam TORT lagi selepas ini sila la study di saat-saat terakhir sehingga menyebabkan aku boleh merasai kembali nikmat tertido di tepi meja study sampai ke pagi.. perrhhh amat sakit lagi sengal-sengal badann yerr... hahaaa..


motifla ade orang bagi aku duit raya gamba mr.bean kat facebook td.. cess.. kalau da tak nak bagi tu tak yah la bagi.. hehee.. tapikan negara mane la yang kawan aku duduk tu sampai gambar duit pon tempek muka mr bean nie?? nape je x lekat muka aku.. baru cun sikit duit tu di pagi raya.. hahaaa


p/s: so malam nie dah bolehla  kemas-kemas barang masukkan dalam beg zipp.. hehee.. jap2.. perlu ker pulang berhari raya bersama para assignment??? huhh..

Saturday, August 28, 2010

tergelincir fokus..





huuhhh... esok ada midsem TORT yang dikasihi.. aku pula masih lagi belum menyelak walaupun sehelai muka surat daripada buku TORT tersebut untuk dihayati.. apekah semua ini?? arrggghhhh... macamane la nak ade fokus untuk menstudykan diri sekiranyer hati serta perasaan bercampur jiwa raga telah dipos laju kan ke rumah dengan jaya nyer.. hahaa... tapi serious.. mood untuk aku baca buku sekarang memang zero atau dalam bahasa malaysianyer digelar KOSONG!




walaupun secara realiti nyer aku sedang menelaah buku TORT sehabis baek akan tetapi secara riasionalnyer fikiran aku sudah sampai ke SEPANG... (^_^)!! 

kepada puan lecturer.. seribu keampunan ku pinta.. bukan sengaja tak nak bersungguh dalam subjek kamu.. akan tetapi pengaruh dah lama tak balik rumah telah menguasai diri ini semenjak 1 Ramadhan lagi.. hehehe..


ehhh.. asal la ahli family ku yg laen ni suke menggunakan muka adam sebagai profile pic?? x de muka laen seperti muka aku ke yang boleh diletak??..  hehee..


p/s: kadang-kadang rase menyesal pula jd law student.. nape la aku tak amek kos laen dulu???

Wednesday, August 25, 2010

5 hari lagi..

yeaahhh.. tinggal 5 hari lagi sahaja sebelum aku pulang ke rumah ku syurga ku.. hehehe.. tak sabarnyer nak berbuka puasa bersama family tercinta... huhuhuhu... so kepada adikku zaty n kakak ku aisyah.. pasnie tak akan ada masala aku nak jeles-jeles ngan korang sebab aku pun boley balik rumah berbuka puasa cam korang!! hehhee.. 
to ayah dan mama pula.. sempena kepulangan anakanda mu ----> ika yang berada jauh di perantauan ini pulang ke rumah.... maka sila la masak juadah berbuka yang enak-enak errkk.. hahaha..


syukran adam.. miss u sangat-sangat..


p/s: kenapa la uum terletak di sintok dan bukannyer di sepang??

Sunday, August 8, 2010

ramadhan tiba lagi..

yeaayyy.. tinggal lagi beberapa hari saja lagi Ramadhan akan menjelma... 
dan itu juga menandakan sudah tidak berapa lama lagi aku akan meninggalkan bumi 
kaci yang tercinta ini untuk pulang 
berhari raya di rumah... 
super yeayyy yeayyyy.. hahahaa.. 

dengan tibanya Ramadhan kali ini.. maka akan genapla 5 tahun aku berpuasa bersendirian diperantauan.. hehee.. perantauan la sangat padahal satu negara aje.. huhuhuhu.. tetiba teringat pula mase time mula-mula berpuasa tanpa family disisi.. waktu itu aku form 4 dan bersekolah di MRSM Kuala Kubu Bharu.. hahaha.. pengalaman berpuasa yang sangat tidak dapat dilupakan kerana dah la baru first time duduk berjauhan dengan family lepastu first time pula berbuka puasa tanpa family disisi.. hahaha.. teringat semasa azan maghrib berkumandang yang menandakan telah masukknya waktu berbuka puasa.. hehehe.. time tu seorang demi seorang ahli homeroom ku makan sambil menitiskan air mata.. hahaha.. sangat comel suasana pada masa itu sebab semua makan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.. padahal cover malu depan ahli homeroom yang laen.. hahaha..

so puasa kali ini no more tears akan dititiskan.. hehehe.. tapi dengan syarat jangan menelefon rumah sebelum waktu berbuka.. hal ini kerana sekiranya aku menelefon rumah sebelum waktu berbuka.. mama akan menglistkan segala menu jaudah berbuka yang disediakan di rumah sedangkan aku di sini berbuka dengan makanan yang hari-hari sama menunyer.. hukhukhuk... sangat sedey perasaan itu... (T__T)!!

p/s: semoga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh aku dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah...

Tuesday, August 3, 2010

kita kawan la dulu eh..



Result: KITA KAWAN LA DULU EH. TAK MAU LA RUSH-RUSH. KALAU YOU BETUL SUKA, MESTI U TUNGGU.
Anda jenis yang tidak terburu-buru mencari pasangan. Jikalau anda suka sekali pun, anda lebih suka berkawan dahulu, supaya hubungan kelak lebih serasi dan boleh kekal lama seperti yang diidamkan oleh pasangan lain. Prinsip anda, jika si dia benar-benar sayang, pasti si dia menunggu anda sehingga anda setuju. Tapi AWAS jangan biarkan si dia tunggu terlalu lama, kerana si dia akan keliru dengan hati anda, dan si dia mungkin berputus asa dan menggangap "saya sayang tapi dia tak mahu, apa kan daya". Jadi sementara menunggu berilah hint kepada si dia yang anda juga suka kepada dia.


lalalala... aku sangat suka dengan jawapan yang diberikan oleh salah satu kuiz yang telah dijawab oleh aku di facebook ini.. walaupun ke seratus peratusan kuiz ini tidak boleh dipercayai namun aku tetap menyukainya kerana boleh dikatakan jawapan yang diberikan hampir tepat mengenai diriku.. hehehe..
walaupun aku menyukainya namun ia tidak bermakna aku 
mempercayainya sepenuh hati.. (^_^)!!

p/s: mahu tapi malu.. hehehe.. itu adalah aku..

ikhlas tapi jauh..

duit.. duit.. duit... saya teramtla suka akan anda.. dengan mempunyai anda dalam kadar yang sangat benyak lagi  berganda akan membolehkan saya membeli bermacam-macam benda yang saya kehendaki.. akan tetapi saya sangat la tidak menyukai atau dengan lebih tepat menggemari anda sekiranya saya dikehandaki mengira anda dalam apa jua bentuk pengiraan perbelanjaan sama ada dalam
income statement,trial balance, cash flow,  balance sheet 
 dan lain-lain yang sekutu dengannyer... oleh itu silalah jangan menyuruh saya mengira anda dalam bentuk yang sedemikian rupa kerana ianya akan membuatkan temperature saya naik dengan begitu mendadak terutamanya ketika anda tidak reti untuk membalance kan diri anda di bahagian kredit dan debit..

hahahaha... itu lah luahan hati seorang pelajar undang-undang apabila disuruh belajar subjek accounting tanpa kerelaan hati serta kehendak jiwa dan raga.. accounting dan law adala sangat berbeza.. satu memahami serta mengira dan lagi satu menghafal, membaca serta bersuara.. so bagaimanakah kerelaan hati itu mahu terbit sekiranaya perasaan ikhlas mahu belajar itu terlalu jauh letaknyer.. dan yang paling penting di sini ialah pelajar undang-undang tersebut adalah aku.. hehehe.. sebenarnya aku bukan la berniat untuk memburuk-burukkan subjek akaun ini akan tetapi aku ingin menyuarakan isi hati yang telah lama mendiamkan diri yang bahawasanya aku amatla tidak menggemari subjek tersebut.. atau dengan kata lainnyer aku agak kurang ikhlas menghadirkan diri ke kelas tersebut kerana aku tidak memahami ape yang diajar oleh lecturer.. hahaha.. dan yang paling best nyer aku boleh mennghafal dan memahami formula kira-kira yang diberikan oleh lecturer dengan jayanya namun akan tetapi apabila aku menggunakan formula tersebut untuk menggira... aku tidak mendapat jawapan yang sewajarnya.. jadi di sini aku ingin membuat penegasan yang bahawasanya aku dan subjek akaun ini memangla tidak sehaluan... hahaha.. 


p/s: baru sekarang aku mengkagumi kredibiliti seorang accountant di bank negara.. hehehe.. kalau aku yang  jadi accountant di sana.. sudah pasti banyak lacuna yang akan muncul di income statement bank itu.. hahaha....