Wednesday, November 17, 2010

suatu pagi di hari raya...

suatu pagi di hari raya yang mendamaikan...
pada jam 4.15 pagi..
tatkala semua penghuni rumah sedang lena dibuai mimpi indah..
kelihatan seorang budak sedang tekun duduk berseorangan di suatu sudut.. 
di dalam sebuah bilik yang agak sunyi..
sambil tangannye sibuk menulis sesuatu di atas kertas A4..
bibirnya pula kelihatan bergerak-gerak mengikut alunan..
bait-bait lagu heaven's song yang mententeramkan jiwa..
kelihatan sekejap budak tersebut mengambil sebuah buku..
lalu diselak-selaknya seketika..
kemudian dia mengambil sebuah buku lagi..
diselak-selaknya jua buku itu seketika...
tiba-tiba satu keluhan dilepaskannya dengan begitu kuat...
"Huhhh....apela yang akta nie nak cakap sebenarnya??? tak paham aku!!!"
kemudian dia menyambung semula penulisannya...
2 minit terus berlalu...
5 minit pun terus berlalu...
pada minit yang ke 7....
tiba-tiba terdengar satu jeritan....
"Arghhhh... pe nie.. dah setengah page aku salin.. rupe-rupenyer aku salah salin......... TENSIONNNYER!!"
"Aaaahhh... lantak arr ko nota.. aku nak divorce ko dalam 1 ke 2 jam nie.. tension aku tengok ko.. aku nak gi release tension maen facebook jap!! hahahaha"
sambil berjalan menuju ke ruang tamu kedengaran budak tersebut membebel-bebel dengan jayanya...
"Ape kes aku nie.. pagi-pagi raya sepatutnyer orang sibuk maen masak-masak... aku pulak sibuk maen selak-selak buku.. siap maen tulis-tulis lagi"
tetibe dia bermonolog sorang-sorang pula..
"Aku rase la kan cara yang paling effective lagi effisen untuk belaja subjek Family Law nie kan.. kite kene kahwin dulu la.. baru senang sikit nak faham sebab leh praktis.. mula-mula kawin, pastu bagi nafkah, pastu gado-gado ngan partner, pastu cerai, pastu rebut harta, pastu rebut anak, pastu isteri mintak hak dia... hahaha... konfem A++ la paper Family Law nie kalo dah praktiskan kesemua tu... lalalala..."
dengan tanpa sebarang perasaan bersalah papepun..
budak tu terus maen facebook dengan jayanyer...



~ cerita tamat ~
-sekian-



gamba hari raya aidilfitri yang lalu..



p/s: budak yang kesian tu adelah aku!!! 

Sunday, November 14, 2010

'Cinta Di Mata Anda'

BannerFans.com


nama penuh:
tqa si budak nakal...


comment terhadap cool fm:
ehhhmm.. cool fm adelah satu medan pengantara 
jiwa si penulis yang penuh dengan warna-warna
 serta aura-aura kejiwangan yang tiada 
tolok bandingnya.. hahaaa... warna temanyer adalah 
sangat bersesuaian dengan jiwa 
si penulis yang agak-agak jambu gituuu.... 
hahaaa... (nie ayat tipu ehh..)


definasi cinta di mata saya:
cinta adalah cahaya sanubari kurniaan tuhan
 dan menjadi fitrah setiap insan untuk memilikinyer.. 
dan dimana terciptanya cinta itu pasti
 di situ rindukan bermula..
 namun penantian terhadap sebuah cinta 
itu amatla menyeksakan kerana ia ibarat 
menantikan tiang elektrik di depan 
rumah berbuah.. hahaahaa..


rakan yang nak ditag:


- sekian -


p/s: aku masih tertanya-tanya anugerah jenis apekah ini errkkk??

Friday, November 12, 2010

sweet memories 2010...

tahun 2010 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya.. 
dan ini juga bermkna aku hampir menamatkan 
pengajian sebagai pelajar semester 3... yeahhhh... 
dan sem depan aku bergelar pelajar sem 4..
kiranyer aku hanya tinggal 4 sem lagi 
sebelum bergraduasi.. lalalalaa..

huhuhu... 
kenapa la sem depan juga yang aku disubuk-sibukkan..
exam yang tinggal beberapa hari saja lagi sengaja
pula aku buat-buat lupa.. adoiyaiii... 
so wahai cik tqa yang comel...  
bila la kau nak insaf errrkkk... hehehe...

tapi walaupapepun sem 3 nie banyak kenangan manis
yang berjaya aku kumpul berbanding 
dengan sem-sem sebelumnyer.. 
hahaaa.. yelaa kalau dah asyik melepak 
kat bilik je semasa sem 1 dan sem 2 dulu...
mana la nak datang sweet memorinyer... 
hahahaa... (^_^)!!!



sweet memories 2010...



















 






p/s: pelikk.. dengar citer terbaru.. aku ade lagi 3 tahun sebelum grade.. jadi istilah lagi 4 sem tu tak bolah pakai la.. adoiyaiiii.. grade lambat la aku... lambat grade bermaksud lambat lagi la boleh kawen.. huhh.. (^_^)!!..

Wednesday, November 10, 2010

long semester break... heaven or burden??

arinie aku dapat tahu satu berita yang menerujakan daripada facebook MPP UUM.. dye orang membawa khabaran suam-suam gembira yang bahawasanya cuti sem bagi semester depan sangatla heaven iaitu sepanjang 15 minggu.. wowww.. panjang giler ok... aku yang bakal berpraktikal selama 4 minggu pada cuti tersebut pon maseh mempunyai baki 11 minggu lagi untuk menikmati cuti.. hahahaa.... konfem aku akan cuti sampai bosan.. hehehe..

so sebagai langkah berjaga-jaga.. aku kene bersiap sedia untuk mengumpul duit JPA sem depan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan untuk berjoli sakan semasa serangan gelombang cuti tu nanti.. yeahhhhh... jadi kepada geng-geng berjoli aku kat kachi island.. sila jangan ajak aku berjoli sakan sangat ehh sem depan sebab kita ade masa berjoli yang tersendiri seperti yang disediakan oleh pihak uum dengan kerjasama pihak kpt.. hehehe.. sungguh baekkan mereka??? (^_^)!!

jadi, sebagai bukti meh sini aku lampirkan jadual kehidupan sem depan...

taraaaaa.....


SESSION A102 (JANUARY 2011 - MAY 2011)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 January 2011 - 02 February 2011 (3 weeks) - Learning period
03 February 2011 - 11 February 2011 (1 week) - Chinese New Year/ Mid semester holiday
12 February 2011 - 28 April 2011 (11 weeks) - Learning period
29 April 2011 - 06 May 2011 (1 week) - Study week
7 May 2011 - 26 May 2011 (3 weeks) - Exam period
27 May 2011 - 09 September 2011 (15 weeks) - Semester break

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




gamba nie hanya iklan semata-mata.. hahahaa..



p/s: terok betol aku ne.. cuti next sem yg disibukkan.. exam 24 november nie langsung wat taktau jer.. adoiyaiii.. wahai tqa yang tak sedar diri lagi sila lah berubah!!!!!! ingatla.. cuti kata pergi exam suda panggil mari loooolll.....  

Tuesday, November 9, 2010

lucu.. lucu.. lucu...

ketawa adalah penawar bagi segala duka-lara...
oleh itu mari kite mendelete segala duka-lara 
dengan bergelak ketawa sampai tergolek.. 
hahaahaaa.. (^_^)!!


 
pilih la nama mana yang korang berkenan di hati..
hehehee..



errkkk.. terinsaf sekejap... 



cikgu sekolah yang sangat kreatif...
konfem student tak boley meniru punyer..
hahaahaa..




errkk... boley ehh promote diri cam nie rupe nyer..


p/s: gelak-gelak juga.. jangan sampai hilang semua mende yang distudy sudah laa.. hehee