Tuesday, October 26, 2010

Symptom-symptom student bila final exam minggu depan...

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)....  

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng)

3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga...

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus...

7.Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang...

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang...

10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli...

12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan.... (^_^)!! 

14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih...

15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up...

16. Hah.... Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”...

18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak...

19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu...

20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss...


*dicopy dari fb orang untuk hiburan bersama~~ hahaahaa... 




time-time nak periksa macam sekarang nie
 mesti takdenyer korang nak wat muka
 cam dlm pic nie kan???? hahahaa... (^_^)!!



p/s: nape cam pernah lihat je errkk sume kejadian tersebut??? hahahaa....  

Thursday, October 21, 2010

penyu ohh penyu..

penyu ohh penyu kenape engkau penyu
macam mana aku tak penyu
memang aku penyu... 
hahahhaaa.. apekah yang aku merepek ini???

huhhh.. arinie akibat si penyu..
tak pasal-pasal aku pening kepala..
dan tak pasal-pasal juga aku dapat mengetahui 
banyak maklumat tambahan berkaitan penyu..
semata-mata nak cari bukti yang bahawasanya
 penyu memang tak mempunyai TELINGA..

yee laaahhh.. macamane aku tak bersusah payah 
meng'google' segala info pasal si penyu nie..
sebab boley plak ade sepasang kekasih nie 
meng'argue' dengan aku yang 
bahawasanya si penyu tu ade telinga ke tak???

of course la setahu aku penyu tu mane la ade telinga.. 
coz kalo ade telinga camane la dye 
penyu sume nak berenang kat dasar laut...
pecah la eardrum mereka nnt..

lagi pun kalau mereka ade telinga nanti susah arr 
mereka nak berenang sebab 
nanti telinga mereka masuk air.. hahahaa..

dan lagi satu..
boley plak salah sorang dari dyeorng
 mengajukan soalan kat aku yang berbunyi...
 macamane la penyu-penyu tu nak berborak dengan 
member-member penyu yang laen kalau tak da telinga..

so aku pun jawab la yang bahawasanya 
dyeorang sembang trough facebook n ym.. 
hahahaaaa.. amek ko.. 
tanya lagi soalan yang sangat relevan...
 tapi kali nie nasib baek si 'hero' tu 
bijak sebab dapat menangkap yang 
bahawasanya penyu tu mane la ade jari nak 
maen taip-taip huruf kat keyboard 
lappy dan tepon.. hahaaaaa.. 

caya la brooo!!!
kalau tak dapat tangkap tadi memang
 kene bahan lagi la dengan aku.. hahahaa..
tapi... itu pon selepas aku postkan 
gambar penyu tok tatapan korang kan????
betul tak??? betul takk????  hahahaa...



nie la dye gambar penyu yang telah menyedarkan 
pasangan kekasih tu yang bahawasanya 
penyu memang  tak ade telinga dan jari... hahahhaa



ade sesiapa yang boleh cari yang mana satu 
penyu yang mempunyai telinga dan
 jari dalam pic nie??? hahahaa..



p/s: sangat bermotifkan aku sanggup mencari maklumat mengenai penyu sedangkan maklumat mengenai assignment constitutional law yang aku kene siapkan aku belum habis cari lagi..... hahahaa...

Sunday, October 17, 2010

perkara sem 2 yang tak berlaku pada sem 3..

macam tak percaya jerr.. 
pejam celik pejam celik aku dah nak 
hampir menghabiskan sem 3 daa.. 
so maksudnyer aku hanya 
tinggal 5 sem lagi untuk bergraduasi.. yeaaayyyy... 
tapi yang lawaknyer baki sem aku 
tersama la pulak dengan baki sem junior sem 1 
yang baru masuk tahun nie... hahaha...
 alamatnyer bergraduasi bersama-sama la kita yerrr.. 

so kali ini aku nak berkongsi sedikit sebanyak
 perkara-perkara yang sering aku dan rakan-rakan 
aku lakukan semasa di sem 2 dan
 tidak pula berlaku semasa di sem 3.. hahahaa...
jadi  kepada -----> erah, aina n yati.. 
mari kita imbas kembali memori tercipta kita semasa di sem 2.. 
(^_^)!! i always miss that moments!!

perkara sem 2 yang tak mungkin berlaku pada sem 3..

1) kite orang selalu kuar pergi beli air kat mesin air 'pak cik Fizzy' yang berlokasi di tepi blok D pada area-area jam 1 dan 2 pagi.. hahaa... pastu sampai je kat sana kite orang akan meng'argue' sesama sendiri untuk memilih air perisa ape yang layak untuk menjadi penghias tekak kami.. hahaha.. padahal air yang dibelinyer adalah air yang sama perisanya setiap kali kami pergi membeli air kat mesin tersebut.. dan tyme tu sape yang habiskan air favourite kiteorang ---> soya, ice lemon tea dan  cincau mesti kene kutuk kaw-kaw ngan kite orang... gaya nyer macam la pak cik tu jual air tok kami beli sahaja.. orang laen tak boley beli dye orang boley tengok jerr.. hahaha


2) kite orang selalu menggunakan kehebatan mesin air pak cik fizzy tu untuk kepentingan sendiri... ye laa.. mesin air pak cik fizzy mempunyai daya kehebatan untuk menukar kan duit seposen-seposen kepada duit 50 sen sebijik yang boleh digunakan untuk membasuh baju... so ape lagi.. setiap kali membeli air di mesin tersebut kami akan memasukkan duit syiling melebihi harga air setin air tersebut.. kiranya macam ni la.. air setin berharga RM 1.50.. so kami masaukkan duit seposen-seposen kat dalam mesin tu sehingga berjumlah RM4.50.. so mesti korang boley bayangkan keseronokkan kami bermain tukar-tukar duit kat situ.. hehehe.. tapi malangnyer mase sem 3 nie mesin air pak cik fizzy tu telah sampai ke penghujung hayatnyer.. ishhhkk ishkkk.. sedey-sedey.. aku dah tak ada tempat nak tukar duit untuk basuh baju lagi.. (T_T)!!


3) dulu mase sem 2 dalam area-area pukul 6 ptg mesti ade suara orang jerit 'NASI LEMAK... NASI LEMAK!!' kat blok hari-hari.. so setiap kali jeritan tu kedengaran.. kami pun akan besrsama-sama menyumbangkan lagi jeritan 'NASI LEMAK' itu.. . hahhaaa.. yang best nyer lepas kami jerit maen-maen macam tu mesti ade orang bukak pintu bilik nak beli nasi lemak.. hahahaa.. padahal orang yang jual nasi lemak tu belum lagi sampai lagi kat level kami.. tyme tu seronok giler tengok muka orang yang kebengangan kat kami akibat jeritan 'NASI LEMAK' yang palsu itu.. hahaha..


4) pastu pula setiap kali hujung minggu pula mesti ade mak cik yang jual kerepek 1 RM2.. tapi kalau beli 3 RM5.. hahhaaa... dulu setiap kali mak cik tu ketuk pintu bilik aku untuk menjual kerepeknyer.. aku ngan roomate aku mesti akan membuat pandangan yang memancarkan aura kemalasan untuk buka pintu bilik antara satu sama laen.. tapi bila sekali bukak pintu.. hahhh amek ko.. borong kerepek macam tak ingat dunia.. konon-kononyer nak buat stok makanan tambahan dalam bilik.. tapi memang stok pon sebab sampai dah nak abes sem pon kerepek tu tak habis-habis... hahaha.. dan yang paling best nyer kami akan mengapply teori 'mak cik jual kerepek' ini kepada sesiapa sahaja yang mengetuk pintu bilik kami.. hahaha.. caranya peng'apply'annyer macam nie.. setiap kali orang ketuk pintu bilik.. aku dan roomate akan jerit dari dalam 'KAMI TAK NAK BELI KEREPEK!!' then aku pun akan buka pintu sambil mengulang semula ayat 'KAMI TAK NAK BELI KEREPEK!!' itu.. hahahaa.. terkejut muka orang yang ketuk pintu tu tadi.. dan yang paling best nyer aku pernah terapply teori nie kat akak senior yang nak hantar surat kat aku... hehehe... sumpah malu weeyyy.. akak tu pulak buat muke terkejut lagi blurnyer yang sangat tak boley blaa..hahaha..


5) mase sem 2 dulu-dulu kite orang selalu keluar beriadah pada setiap petang.. dengan bertemakan 'hari-hari adalah fitness day' maka kami pun keluar la beriadah hari-hari.. hahaa.. boley dikatakan la setiap hari pada pukul 5.45 petang sesiapa yang rajin turun padang boley la nampak muka kita orang yang pada zahirnya gaya macam orang nak pergi pertandingan jogging.. padahal kite orang hanya berjalan-jalan sambil mencuci mata sahaja kat tepi padang tu sambil-sambil tu kami akan meng'sanap' seberapa banyak gambar yang kami boley.. hahaha... kalau kami rase perbuatan mencuci mata dan meng'snap' gambar itu agak bosan maka kami akan bermaen kejar-kejar sedikit bagi mengurangkan kebosanan tersebut... kalau tak pun kami akan pergi meminjam basikal dan bermain lumba basikal ala-ala sukan olimpik gitu.. hahaha.. suka-suki kami jer buat laluan di sekitar padang tu kami yang punya.. dan yang paling best nyer beriadah nie tepat je pukul 7.00 petang kami akan bergerak beramai-ramai menuju ke mall untuk sesi meriadahkan tekak dan perut... hahaha.. oleh itu tentu korang semua dapat ramalkan kan berapa peratuskah aktiviti riadah kami dapat membakar segala lemak yang ada??? hahahaa~~ fikir-fikirkanlahhh...




ini pula pic yang berjaya di snap ketika kami sedang beriadah..
tapi ape jenis riadah ni pun kami tak dapat kenal pasti lagi.. hehehe 



6) setiap kali dilanda kebosanan akibat tak tahu nak buat apa.. mesti macam-macam idea kreatif yang akan diberikan oleh aku untuk dijadikan sesuatu benda bagi mengelakkan kebosanan yang tahap melampau itu.. hehehe.. dan seperti kebiasaannya bilik yati dan erah juga la yang menjadi port yang paling sesuai untuk melaksanakan segala  idea-idea bernas lagi geliga aku itu.. hahaha so antara salah satu idea geliga aku semasa di sem 2 ialah mencipta satu permainan yang dipanggil 'DYNO BALL'.. permainan ini sebenarnya ala-ala permainan ping pong yang telah 'dikawenkan' bersama permainan tennis.. dan barang-barang untuk bermain nya juga mudah didapati di kawasan asrama masing-masing.. hehehe... jadi antara barang-barang yang diperlukan untuk bermain permainan 'DYNO BALL' ini ialah dua botol sabun cecair pencuci yang berjenama DYNAMO.. saiznyer boley la mengikut citerasa korang.. hehehe.. dan sebiji bola getah yang besaiz tak seberapa besar.. ehhmmm.. senang citer sebesar bola ping pong la.. tapi kami maen tak guna bola ping pong pun sebab kami menggunakan bola getah yang diperolehi hasil daripada maen tikam-tikam telor kat cangloon.. hahaa.. permainan ini walaupun nampak agak kebudak-budakkan tapi sebenarnya ia amat la menyehatkan badan.. ini adalah kerana semasa bermaen permainan ini kita terpaksa banyak bergerak akibat daripada asyik kene menggutip bola yang entah kemana-mana sahaja perginyer.. kejap kat bawah meja la.. bawah katil la.. tepi baldi la.. dan mana-mana lagi la yang boley bola tu nak tuju.. dan diakhir permainan ini korang mesti akan dapat lihat yang bahawasanya baju korang telah basah akibat dicurahi oleh peluh-peluh korang sendiri.. hahahaa... dan kalau korang tak percaya korang boley la pergi tanya kepada orang-orang yang telah bermain permainan ini sampai pukul 2 pagi iaitu ----> aina, erah dan yati.. hahaha.. walaupun pada mulanya mereka mengutuk permainan ini tapi lama-kelamaan mereka yang maen lebey dari aku.. sumpah aku tak faham dengan mereka nie.. hehehe.. (^_^)!!!




ini lah dye alatan bagi permainan DYNO BALL 
itu bersama dengan dutanya Berry..



ini pula pic Berry bersama kawan baeknyer Lily..



nie pula pic bestfrenz Berry yang sangat comel... 
name dye Jemmy.. 



p/s: aku rase aku pause dahulu daripada mengrevealkan perkara-perkara 'rahsia lagi sulit' kami ini.. nanti bakinyer aku akan revealkan kemudian... dan kepada erah n yati.. masih ingatkah kalian akan peristiwa-peristiwa tersebut??? hehehe.. (^_^)!!

Saturday, October 16, 2010

Abang vs Ayang.... Saper yang salah agak2nya..

memula skali ayang anto kat abang? 


Dear abang, 

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? 


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? 


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah 


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. 


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. 


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. 


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak 


Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? 


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang.. 


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG 

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR 


Love, 

ayang 


ni abang lak bagi.... 


Dear Ayang, 

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah.. 


Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. 


Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. 

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak.. 

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. 


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. 


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital.. abang kene tanduk xpe.. 


Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa... hahahhahahahahha..




pic ini tiada sebarang kaitan dengan citer di atas ehhh.. 
hahaahaa.. (^_^)!!



p/s: hahahhaa... aku saje copy citer nie dari fb orang untuk dikongsi bersama... leh tahan lawak gak arr citer nie.. dan sesuai juga untuk dijadikan renungan untuk para gadis di luar sana.. hehehehe...

Monday, October 11, 2010

segunung harapan menggapai impian..


alhamdulillah..
syukur ke hadrat illahi di atas limpah dan kurnianya 
program KLK yang aku serta 
rakan-rakan ku yang laen rancangkan 
telah berjaya disempurnakan dengan jayanya.. 
walaupun kami terpaksa menempuh pelbagai dugaan 
serta halangan bagi merealisasikan program ini... 
namun di atas nama semangat bekerjasama 
serta sedia menyahut cabaran maka 
kami telah berjaya merealisasikan 
program ini dengan jayanye... 
hehehe.. (^_^)!!

tidak dilupakan juga jutaan terima kasih 
aku ingin tujukan kepada
encik anuar zamani serta encik hamdan ayob
 kerana di atas bantuan encik berdua ini la 
kami dapat mengadakan KLK ini dengan jayanyer..

kepada barisan MT program ini.. 
----> rahman, firdaus, sidik, margeret dan yati
jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan..
tak sia-sialah kita ramai-ramai ponteng kelas 
bagi menyelesaikan segala urusan untuk 
program segunung harapan mengapai impian ini.. 
hehehehe...
korang memang terbaek!!!

program motivasi
segunung harapan menggapai impian
di sk tandop besar, kuala nerang..
2 oktober 2010..



barisan MT ----> tqa, sidik, daus dan margeret..


pengarah projek ---> rahman


barisan para fasi dan MT


para ibu bapa sk tandop besar yang sporting... :)


pic yang di snap semasa bertandang ke 
sk tandop besar for the second time.. hehehe


para puteri sk tandop besar yang sentiasa ceria...


dik dan rahman..


para putera sk tandop besar..
sejuk hati melihat mereka.. :)


pelajar-pelajar sk tandop besar 
sedang khusyuk mendengar ceramah..


cikgu harun, encik zakaria dan encik anuar..


ketika LDK berlangsung...


fasi lagi.. hehehe


p/s: hopefully next sem nyer KLK tak dirancang last minit seperti sem nie... penat woooo... (T_T)!!