Saturday, July 31, 2010

golden activities

taraaa... setelah hampir sebulan aku membusykan diri.. akhirnya pada hari yang mendung lagi nak hujan ini dapat juga aku berpeluang mengimarahkan blog aku yang dah agak bersawang ini akibat daripada kemalasan serta kekangan masa yang melampau.. hahaha.. lebih sebulan kot tak buka blog sendiri.. tapi asyik buka blog orang laen jer kejenyer.. hahaha.. bravoo.. bravoo..

okey kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang sebulan yang agak membusykan ini.. hehehe.. aktiviti pertama yang aku lakukan dalam operasi menyibukkan diri pada kali ini ialah pulang ke bukit kaci.. so bagi menjayakan aktiviti ini.. aku telah menaiki bas Durian Burung yang suam-suam suku ok nyer secara keseorangan lagi kesunyian.. huhuhu.. lihatla betapa hebatnyer aku tak tido di dalam bas berjam-jam lamanyer semata-mata takut terlepas stesen bas Cangloon.. jadi secara automatiknyer tarikh 26 jun 2010 tak akan aku lupakan kerana aku telah berjaya membazirkan waktu tido aku yang amat berharga...

so tanggal 29 jun 2010 pula merupakan detik bersejarah yang menceritakan bermulanyer aktiviti kedua aku setelah selesai aktiviti pertama dengan jayanya.. hahaha.. dengan kata laen juga bermulalah episod perjalanan suka duka kesibukkan aku di muka bumi kaci ini.. aktiviti kedua yang aku sertai ini lebih popular dikenali dengan nama Kursus Induksi AJK Minggu Suaikenal sesi 2010/2011.. jadi dengan kata laennyer aktiviti kedua aku yang agak sibuk itu ialah menghadiri kursus induksi.. hehehe... walaupun pada mulanyer aku berasa amat takut dan segan untuk menghadiri kursus ini.. maklumla first time join aktiviti yang agak besar kat uum.. hehehe.. tapi walau macamana pun kursus yang berlangsung selama 3 hari ini amat la best.. nak tahu sebab ape ianyer best?? hehehe.. sebabnyer ialah dapat makan free.. hahaha.. tipu jer.. sebenarnyer bagi aku kursus induksi sangat best sebab ahli group aku semuanyer amatla cool dan sporting.. so kepada ahli group wk2 gemilang iaitu hafeet, sue, hema, imah, erma, fiq, azhar dan idham... tahniah diucapkan kerana korang memang terbaek dan best kerana membuatkan aku banyak cakap.. hahaha.. untungla korang dapat bercakap banyak dengan aku kerana selama ini aku tidak akan banyak bercakap dengan orang yang aku tak kenal dan baru kenal.. hehehe.. ehmm.. dan tak dilupakan juga lebihan tahniah diucapkan kepada azhar dan fiq kerana korang berdua memang tak reti nak berhenti membuli aku semasa berada di dalam group dan juga di luar group.. huhuhuhuk... 


jadi selepas sahaja habis kursus induksi tersebut bermulalah aktiviti ketiga aku iaitu menjadi AJKS serta fasilitator atau nama komersilnyer ialah pemudah cara bagi minggu suai kenal sesi 2010/2011.. sebenarnye ini la pertama kali aku menjadi fasi secara rasmi dan pertama kali juga aku handle sebuah group LDK.. selama nie semasa minggu induksi aku hanya mengendalikan group secara praktikal sahaja dan aku asyik bermaen sahaje di dalam group tersebut termasuk semasa che det menyuruh membuat praktikal mengendalikan LDK.. hehehe.. dan sekarang terima la padahnya... hahaha..  rasa cam tak percaya jer aku yang masih lagi bertitle junior fasi dikehendaki  menghandle group yang seramai 15 orang ahlinyer.. bagi aku jumlah itu adalah sangat ramai dan kurang sesuai dengan title aku sebagai junior fasi.. huhuhu.. tapi aku hanya anggap ianya sebagai satu cabaran yang agak mencabar.. lalalala... 


sebenarnya boleh dikatakan hampir separuh daripada ahli group yang aku handle itu berusia lebih tua daripada usia sebenar aku.. wow... akak fasi lagi muda daripada junior.. hahaha.. tapi group yang aku handle iaitu group 30 dengan selambernye memberi aku usia 23 tahun.. cess.. itu sudah lebih.. 23 tahun tu lagi tua daripada umur abg nik ok.. tak boleh diterima dek akal langsung.. kakak aku yang kat rumah pun baru berumur 22 tahun dan aku pula berumur 23 tahun.. hahaha.. terbaek di situ eh korang nie!! huhuhu..  tapi walau pape pun aku rase group 30 adalah group yang terbaek.. aku rasalah.. hehehe.. walaupun abg pojie menggelarkan group aku sebagai group yang  bermasalah kerana setiap hari ade sahaja exco-exco yang akan mencari aku bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dicreate oleh ahli group aku.. akan tetapi bagi aku group 30 tetap terbaek.. hehehe.. lihatla ahli groupku.. cuba lah kalian mengira menggunakan kalkulator berapa kalikah akak fasi anda ini memuji kumpulan kalian?? lihatla betapa baeknyer akak fasi kalian ini.. hehehe.. so kepada ahli group 30 iaitu ika, akmal, yani, aida, kalai, dayah, syikin, mira, nina, moy, shafiq, fakhrie, din, kimie dan sybah.... silalah terima hakikat dengan tenang, redho lagi tabah yang bahawasanya akak fasi kalian yang comel lagi cute ini sebenarnya baru berusia 20 tahun.. hahaha... dan oleh kerana kalian semua adalah ahli group 30.. maka dengan ini kalian diberi imuniti untuk memanggil diriku akak.. hukhukhuk.. akak tqa.. agak janggal bunyinyer disitu.. (^_^)!! 


so sampai di sini sahajalah post aku untuk kali ini... sebenarnya ade lagi satu aktiviti yang aku ikuti dalam masa sebulan tersebut.. tapi laen kali sahajalah ianya akan direvealkan.. hehehe..


p/s: walaupun ahli group 30 memanggil aku akak.. tapi junior-junior yang laen masih lagi ada yang menganggap aku adalah junior sem 1 sama macam kalian.. yeahhh... gembira.. gembira.. gembira... (^_^)!! hahaha

No comments: