Wednesday, September 29, 2010

renungan..

Ambil yang jernih, 
jagan dibuang yang keruh,
nanti membazir, lebih baik ditapis, 
disaring, disuling dan guna semula...

Manusia yang mudah melatah oleh 
sedikit ujian yang bertentangan 
dengan kehendak diri akan runtuh 
jiwanya dan luluh perasaannya...

Asas prasangka baik ialah tunduk dan akur kepada taqdir...

...BLUR....

betulkah buat baek akan dibalas baek???
nape aku rase cam tak jer????

huhhhhh!!!!
(T_T)!!

Sunday, September 26, 2010

sibuk, penat dan serabut..

huhhh... sibuk, penat dan serabut.. 
itula tema kehidupan aku minggu ini..
mana taknyer.. kene laksanakan 3 tanggungjawab dalam satu bulan 
adalah sesuatu yang sangat sukar rupanyer..


mane taknyer.. dalam 1 minggu kene ulang-alik ke kuala nerang 
sebanyak 3 kali untuk bermeeting dengan pihak sekolah..
hahaa.. tapi yg bestnyer setiap meeting diakhiri dengan makan free.. 
siap ade ikan bakar lagi..
credit to Cikgu Zakaria... hehehee...


so.. kebusyan melanda apabila..
 nak kene settle kan modul n surat-menyurat lagi..
pastu lagi di malam hari nak menghadirkan diri ke latihan teater..
penat dan keserabutan yang melanda memang tak payah nak dilafazkan la..


tapikan bile difikirkan balik.. heheehe..
boley tahan best gak la..
sbb kalau dok bilik pun bukannyer aku study..
hehehe...

ehhmm.. ingatkan menghadapi 3 exam midsem dalam 
satu minggu adela perkara yang paling memenatkan.. 
rupa-rupanya ia tidak sama skali.. huhuhhhhh...


barula aku sedar sekarang midsem adela 
sesuatu yang lebey menyeronokkan 
daripada membuat surat-menyurat untuk projek.. hehehee..
so..marilah kita lihat bersama apakah 3 tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh aku  itu... hahahaaaa..

1) program motivasi seggunung harapan menggapai impian  di 
SK Tandop Besar, Kuala Nerang..
program nie sebenarnyer program KLK ko-k yang dirancang 
utk dilakukan secara sederhana sahaja..
akan tetapi ia menjadi program yang agak besar
setelah diketahui oleh pihak PPD dan juga ia akan
melibatkan orang-orang kampung dikawasan itu sekali.. huahuahua.. 
takot nyer kalau event ini tak menjadi seperti yang dirancang..
  dah la ini event pertama yang aku rancang  dan 
uruskan sendiri dalam seumur hidup aku.... 
(T_T)!!
tarikh program: 2 oktober 2010

2) program teater muzikal anjuran DPP Bank Rakyat..
hahaa.. yang nie best sikit arr sebab aku jadi 
AJK Produksi jer.. (prop)..
tapi yang menjadi masalahnyer aku tak pernah ade 
pengalaman dalam menguruskan prop-prop ini.. 
tapi walau pape pun aku akan laksanakan tanggungjawab yang
telah diamanahkan ini sebaek mungkin.. 
(^_^)!!
tarikh program: 6 oktober 2010

3) program yang ketiga ini ialah program peningkatan kendiri bersama  
para pelajar SMK Cangloon..
aku sebenarnyer tal berape pasti lagi akan perjalanan program ini..
tapi yang pasti ialah aku merupakan setiausaha projek..
so.. tahu-tahu sendirilah yerr ape tugas yang aku kene laksanakan itu.. 
hahahaaa..
(^_^)!!!!!!
tarikh program: ?? oktober 2010


p/s: tanggungjawab yang diamanahkan akan aku laksanakan dengan sebaek mungkin... ini adala prinsip aku!!! heheehee..

Friday, September 17, 2010

minggu duka lara tension tak tenang hidup...

dalam beberapa jam lagi aku kan berlepas pulang ke kota keriangan
 kaci yg terletak di UUM Scotland...
perasaan sekarang sangtla stress sehingga 
mencapai tahap tak dikenal pasti..
sebab banyak sangat mende nak kene settle dalam minggu nie...

huhhhh.. 
midsem family + midsem akaun + project tort + case review criminal + KLK ko-k + nak g tgk wayang + maen boling + karoke...
kat mane la tyme aku boley rest ehhh??? 
konfem mood aku sangat elok minggu nie.. hahahaha...

so jadual malam nie...
bas bertolak dari stesen bas Kajang pukul 10.15 mlm..
dijangka sampai di Cangloon area pukul 5.30 ke 6.00 pagi..

pastu..
sampai bilik bersiap kemas barang..
rehat dalam 30 minit...
then bertarung menyiapkan project TORT... 

kemudian..
pukul 3.15 petang bergegas untuk menunaikan tanggungjawab..
sebagai pelajar UUM dengan pergi ke kelas ko-k..

di malam harinyer...
bergelumang pulak dengan asignment akaun...

argghhhhh...
konfem bahagia kehidupan aku pada hari esok yang indah.....
hahahahhahaa....
(T_T)!!


macam nie la kot muka aku dalam perjuangan minggu nie... 
sumpah sangat tak comel weyy!!!


p/s: ayat biasa yang digunakan oleh aku n the geng bila stress mencapai tahap maksima.. first.. weyy aku rase cam nak kawen jer skrg nie.. second.. aku rase cam nak terjun bangunan blok H jer.. thirdly... aku rasa la kan macam nak terjun bukit Kachi jer la... n lastly.. weyy aku rase dah tak boley tahan la dengan ketensioanan melampau macam nie.. so aku rase cam nak terjun katil jer malam nie!!! hahahaa... terbaek la korang.. tapi satu pun tak pernah wat.. cakap je lebeyy.. hahahaa..  

Tuesday, September 7, 2010

minat yang tiada hadnyer.. siapa rajin sila jawab..

P.O.W.E.R  R.A.N.G.E.R.S

kenape orang akan memandang pelik lagi serong kalau student U minat mende alah tu??
salah ke kalau dyeorg nak minat??
salah ke kalau dyeorg nak pakai jam power rangers pergi ke kelas??
salah ke kalau dyeorg nak beli mainan power rangers untuk kepuasan hati dyeorg sendiri??
salah ke kalau dyeorg nak pakai cadar power rangers kat dalam bilik 
supaya dyeorg boleh tido mati dalam kedaan selamat daripada sebarang serangan musuh?? 
salah ke perbuatan dyeorg memborong kesemua CD power rangers kat Jitra Mall untuk dibuat koleksi bagi tatapan anak cucu dyeorg??  

salah kah??
adakah menjadi satu kesalahan perbuatan mereka itu?? 
bukan ke mereka ade rights untuk meminatinyer?? 
bukan ke mereka ade freedom untuk meminati segala apa-apa jenis 
spesis power ranges yang ada di muka bumi ini??
bukan ke jam power rangers boleh dibeli oleh sesiapa sahaje??
bukan ke mainan power rangers itu untuk org yang 
berumur 3 thn dan keatas??
dan bukan ke kalau dah bergelar student U meaning sudah lebey umur kelayakkan??

huhhh...
tak faham.. tak faham..
kat mana lah orang sekeliling dapat hak untuk memandang serong lagi senget kat dyeorg tu??

lagipunnn...
law mane la yang mereka ikut untuk menjatuhkan hukum yang bahawasanyer student U tak boley minat power rangers, pakai jam power rangers, beli mainan power rangers, tido atas cadar power rangers serta menyimpan koleksi citer power rangers nie???

so lepas nie...
kepada rakan seperjuangan ku iqtiyani bashir serta rakan-rakan 
seperjuangan power rangers ku yang laen..
sila la mempersetankan serta buat don't know je pandangan senget orang sekeliling kita...
kerana perjuangan kita adalah tidak salah serta tidak melanggar mana-mana hukum law sama ade hukum right hand grip rule,  hukum tangan kiri encik Flammingright hand slap rule
 atau mana-mana hukum law yang sewaktu dengannyer...
 hahahahaha... (^_^)!!


bukankah bergaya kalau pakai jam power rangers nie ke kelas 
berserta sepersalinan baju kurung berwarna biru??


p/s: kita tidak perlu menjadi hipokrit di hadapan org laen.. so... sila lah jadi diri kita yang sebenar sentiasa.. hahaha...

Saturday, September 4, 2010

kata-kata pujangga..

kalau semalam kita direject oleh seorang pakwe.. dan hari ini kita menjadi seorang yang hebat (peguam, pakar ekonomi, menteri)... agak-agakla kan apakah perasaan pakwe itu tadi??? mesti dia menyesal tak sudah.. hahahahhaa.. 


ehhmmm.. aku pun tak tahu kenape aku tulis kata-kata pujangga 
macam kat atas tu kat dalam blog aku nie.. 
mungkin sebab rase cam best kot bila membacanyer
 berulang-ulang kali.. 
mungkin.. mungkin.. mungkin la kot.. 
(^_^)!!! heheehe...


 agak-agaknyer macam nie la kot gaya pakwe yang mereject perempuan tu... 
hahaaa...  menggigit jari beb!!!



p/s: ingatkan makan KFC je yang sampai menjilat jari.. tapi tak sangka pula lepas reject orang pun boleh menggigit jari... hahahahaa.. hebat-hebat...

Friday, September 3, 2010

30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


hehehe... apekah motiffnyer aku meletakkan 30 perkara ini di dalam blogku??? 
nampaknyer macam tiada motiff...
 so kesimpulannyer hanya tuhan sahaja yang tahu.. 
(^_^)!! lalalaaa...


tengok daun yg tersusun cantek kat dalam hati tu.. tetetibe je teringat kat chewing gum yang kampetnyer kaler hijau.. wrigley's chewing gum double mint hehehe..


nilah dia chewing gum tu... hehehehe


p/s: adakah naseb perempuan ibarat chewing gum??? habis manis chewing gum dibuang??