Thursday, August 18, 2011

hebat kan perempuan!!


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
kesian kan dekat perempuan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil
persoalannya sekarang?
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
HADIS :
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?
Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana. 
YA ALLAH !!
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.






p/s: mampukah lelaki??? ^_^!!

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan 13

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik rupanya dah hari ke-13 kita menjalani ibadah puasa... rasanya macam baru semalam je memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini.. cepat benar masa berlalu.. huhhh.. tapi bila difikirkan balik tetiba hati ini jadi sayu bila mengenangkan bulan Ramadhan ini bakal memasuki pertengahan bulan dan akan meneruskan perjalannyer hingga ke hari-hari yang terakhir.. sedey.. sedey.. sedey.. diharap hajat yang aku ingin laksanakan pada bulan yang mulia ini akan tercapai.. InsyaAllah.. Amin... ^_^!!


bulan Ramadhan kali ini merupakan bulan yang paling bermakna dalam hidup aku kerana pada tahun ini buat julung-julung kalinya aku berpeluang menjalani ibadah puasa di rumah selama sebulan... yeahhh.. ehhh silap!! Alhamdulillah.. syukran ya Allah.. hehehe.. setelah 6 tahun berpuasa di perantauan tanpa keluarga di sisi  akhirnya pada tahun ini dapat la juga aku merasai nikmat berpuasa di rumah.. yeahh... yeahhh.. sungguh nikmat rupanya perasaan tak payah fikir nak makan ape untuk bersahur dan nak beli juadah ape untuk berbuka.. hehehe.. yelahh.. dok umah of course la semua menu-menu untuk bersahur dan berbuka akan disediakan.. yang paling best sekali.. air tangan bonda tu.. bukan air tangan mak cik jual nasi goreng dan juga pak cik jual keropok lekor.. kelas gitu!! hahahaa...


tapikan.. berpuasa di rumah juga telah menghilangkan aku nikmat berpuasa bersama kawan-kawan kat hostel.. hehehe.. ye laaa.. da nama pon puasa kat rumah manala nak datang kawan-kawannya kat situ.. so kirenye tahun nie tak dapat la aku tengok muka kawan-kawan aku yang monyok lagi menahan sebak setelah menelefon keluarga di rumah sementara menunggu waktu berbuka.. hehehe.. lepas tu ade la yang ngadu mak dye masak makanan sesedap la kat rumah.. sedangkan dye kat hostel nie makan makanan yang sama menunyer tiap-tiap hari.. hahahaa... tu la korang!! yang pegi tepon rumah sebelum waktu berbuka tu apasal?? cubela tepon selepas waktu berbuka.. atleast tak la korang terliur dengan menu-menu yang dilistkan oleh ahli keluarga korang tu.. tapi.. setakat sedey, hiba lagi tacing dan sentap sebab tak dapat makan makanan yang dilist kan oleh ahli keluarga korang kat tepon tu mungkin ade la.. hahaaa... 




okeyla.. aku rase cukup la entry tok kali ini sebab tetibe aku rase malas nak melalut pepanjang.. so aku nak berhenti menaep.. hehehe.. jadi dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada seluruh umat islam yang berada di setiap pelusuk dunia.. ingat!! puasa dulu baru raya tau!! sape tak puasa tak boley raya!!! hehehe... ^_^!!







p/s: bercerita melalui pengalaman?? mungkinkah?? hehehe... ^_^!!