Wednesday, March 21, 2012

sweet 22..

Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..

hahaha.. 
rasa macam ape je bila mengumandangkan lagu hari 
jadi tok diri sendiri..
walaupun hari jadi aku 11 Mac yang lalu..
dah basi lagi berkulat da pun..

tapi..
aku still nak wish kepada diri sendiri dengan ucapan..

"Selamat Hari Lahir yang ke 22.." 

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi kerana aku 
masih diberikan peluang untuk bernafas lagi di usia ini..

harapan ku sempena tahun kelahiran ku ini..

semoga diri ini.. 
menjadi anak yang solehah dan sentiasa taat 
kepada ayah dan mama.. 
menjadi seorang yang taat kepada ajaran agama..
menjadi seorang pelajar yang cermerlang dan mampu berbakti 
kepada bangsa, agama dan negara..
 dan tidak lupa semoga panjang umur dan sentiasa 
berada dalam keredhaan dan perlindungan Allah..

~ Amin ~




thanks to my beloved friends erah, dila, najmi, yati, aina for 
the suprise birthday cake n cocktail..

^_^



p/s: nape bile umor da mencecah 22 nie ramai bebeno makcik-makcik dok bertanya bila nak kawen? da ade calon ke belom?? adoiyaii.. makcik tak leh tunggu umor cecah 25 ke baru tanye?? =_=!

Sunday, March 18, 2012

spesifikasi pilihan

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.


4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi
...wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."


 
 
 
 

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

taken at syabab musafir kasih page.. huhuhu..   ^_^




p/s: lumrah dunia.. nak wat camana la kan?? huhuhu..

Tuesday, March 6, 2012

muhasabah diri

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang..
kita di beri cubaan dengan kehilangan..
Allah menguji kita dengan impian yang amat kita harapkan..
kita tertunduk dengan berlinang air mata di saat impian kecundang..
Sesungguhnya dia lah pemberi segala..
dan segalanya kepunyaanNya..

Saat ditarik segala nikmat yang ada..
Dia sedang mengaturkan untuk kita sesuatu yang lebih berharga..

 Jangan bersedih..
Allah telah mengaturkan sesuatu untuk kita.. 
jika kita sentiasa berdoa kepada Nya..
dan..
berbuat baiklah selalu..

^_^


Ya Allah..
sesungguhnya hamba Mu ini seringkali alpa dan leka terhadap Mu..
seringkali meratapi tika di timpa musibah..
seringkali mengeluh tika diuji..
jarang sekali bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan Mu..

Ya Allah..
kau ampunilah segala dosaku ini..
kau berikanlah petunjuk kepada ku..
agar aku berada di atas landasan Mu..
dalam usaha memperbaiki diri..
menjadi mukmin sejati..

Amin..







p/s: semoga aku tabah dan sabar dalam menempuh liku-liku hidup di dunia ini.. ya Allah.. kau berkatilah segala urusanku.. jadikanlah aku hambaMu yang taat kan perintah Mu dan tidak lalai melakukan segala suruhanMu..

Saturday, March 3, 2012

smile



Alhamdulillah..
syukur ke hadrat Illahi..
coz duit biasiswa JPA dah masuk jua akhirnya..
setelah menanti selama seminggu lebih..
jadi.
tak perlulah meminta-minta duit dengan ayah lagi...

^_^


hopefully..
aku dapat manage duit sem nie dengan baek..
dan tidak melakukan pembaziran yang melaghakan..





p/s: tersenyum bila melihat slip bank sejurus JPA masuk.. tapi kembali sedih bila melihat slip bank selepas yuran dibayar.. huhuhu.. tapi walau apapun.. aku tetap bersyukur.. ^_^